Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang
peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya
dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu
sebelum menyedari dia ditipu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia
kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan
perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia
berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian
bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.
“Bertitik
tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah
dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.
“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya
sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya
ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD), di sini, semalam.
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Janda jual air liur kebas RM5,000 tipu warga emas!