PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label cikgu ditipu. Show all posts
Showing posts with label cikgu ditipu. Show all posts

Edisi Sentap! Janda jual air liur kebas RM5,000 tipu warga emas!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit. 

Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.

“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Janda jual air liur kebas RM5,000 tipu warga emas!

Edisi Sentap! Lelaki kaya jadi mangsa wanita piranha meningkat!

Oleh Kaki Wayang on

Lelaki hartawan diperdaya wanita bujang untuk berasmara hingga hamil kerana mereka menganggap bayi sebagai ‘pilihan kerjaya’, kata seorang peguam terkemuka semalam. Menurut Diane Benussi, jumlah lelaki yang termasuk dalam perangkap wanita muda dan jelita semakin meningkat.

Kata Diane, lelaki kaya dilihat mudah menjadi mangsa wanita yang malas bekerja dan anak hasil hubungan sulit itu dianggap sebagai tiket untuk hidup terjamin selama 18 hingga 21 tahun akan datang. 

“Tanpa mempedulikan sama ada lelaki terbabit mempunyai isteri atau tidak, pemangsa itu boleh dianggap sebagai piranha,” katanya.

Menurut Diane, selepas mengenal pasti mangsa, wanita terbabit menggoda lelaki berkenaan untuk mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan selepas meyakinkan mangsa kononnya dia tidak boleh mengandung atau mengambil pil pencegah kehamilan.

“Data terkini menunjukkan semakin ramai wanita malas bekerja dan berkahwin kini mencari jalan mudah mendapatkan kehidupan mewah,” katanya.

Menurut Diane, perkahwinan tidak lagi membawa makna seperti sebelum ini. Kini, katanya, wanita mahukan anak kerana ada lebih banyak kegunaan.

“Bagi sesetengah wanita, memiliki bayi bermakna mereka memiliki kerjaya.

“Mereka diberi bayaran untuk tinggal di rumah dan menjaga anak,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki kaya jadi mangsa wanita piranha meningkat!

Edisi Hangat! Inilah yang dikatakan Cikgu Sempoi

Oleh Kaki Wayang on


Bagus kan cikgu macam ni..asalnya budak nie dpt 28 je..pastu tambah 2 lagi bagi dpt full mark..anak emas cikgu nie hehehe..

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Inilah yang dikatakan Cikgu Sempoi

Betol-betol Sengal! Berapa lagi yang tinggal..?

Oleh Kaki Wayang on

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvBSYzKKtZZAvMW6rwiRoIEj9tn8BXQAYSY_bwXF_HWVzAI2MgCPCUtM_A_fegipVbQPuJ8Wja1J52RkXkG4QE1JRb7M3S0urbea5_R_I6uLMLCl9RiiyPphUh5bqATVz46me7x3E-1Bbz/s1600/GuruDanMurid.jpg
Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

"Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"

Apok angkat tangan dan jawab,

"Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Apok?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Apok! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Apok makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Apok tetiba bertanya, ..

"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..

Tergamam cikgu dengan soalan Apok. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab,

"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..

"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Berapa lagi yang tinggal..?

Betol-betol Hangat! Cikgu Rugi RM20,000.00

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9UJvo0WSlrfT0ggoE40Qoz17d79szmZ6mvkY1mhM2ffKwJdWt7LTleXJcm2aepubvx0gb3Yfs08T3ic0k52S0kTIaSBJg-t6lu3fmDZVxAit-TyOn6xcsILjaDPXJRmDeepdx5oiWRp4/s320/2501201021081.jpg

Simpanan korang penah sampai RM20,000.00 tak dalam bank? Letih tak cari duit? dan penah tak duit yang korang simpan selama beberapa tahun tetiba lesap macam tu je?

Mesti ada yang dah penah kena ngan situasi seperti ini kan..Kejap tadi aku baru je baca Harian Metro..so aku terbaca satu isu yang sangat-sangat kurang bijak.. Ianya berkenaan dengan Cikgu Rugi RM20,000.00 selepas ikut arahan aktifkan perbankan internet selepas dihubungi sindiket tawar hadiah RM5,000.00.

Sebenarnya dah lama dah perkara ni berlaku..dah banyak kes dah yang rasanya leh dijadikan sebagai iktibar..tapi masih ada lagi yang tertipu...kalau orang tu backgroundnya bukan dalam kalangan berpendidikan mungkin benar orang tersebut boleh ditipu..apatah lagi orang yang langsung tak tahu sal perbankan internet atau tak tahu sal komputer..besar kemungkinan orang itu boleh ditipu..tapi bagaimana pula dengan CIKGU? logik tak kalau cikgu ditipu? Bukan nak salahkan sesiapa tapi bagi Betol-betol Hangat! amat tak munasabah bila seorang cikgu ditipu..
Cikgu tersebut dengan mudah memberikan maklumat-maklumat perbankan dengan mudah kepada lelaki yang tidak dikenali..malah nombor pin akaunnya turut diberikan. So apa lagi si lelaki yang sangat bijak bangang tu pon amiklah kesempatan atas "kebijakan" cikgu tu..RM20,000.00 lesap dalam tempoh 2 hari..kaya lah si lelaki tu..

P/s: Jangan dah terhantuk baru nak sedar akan kesilapan diri..bila dah sedar duit simpanan dah hilang..anda harus sedar, anda adalah cikgu..cikgu bukannya orang yang tak berpendidikan..hanya kerana RM5,000.00 anda hilang RM20,000.00..kepada kengkawan yang kaya-raya tu..janganlah jadi seorang penderma yang tak rela tapi terpaksa menderma atas kesilapan sendiri..dah kena baru nak lapor polis..jadikan pengalaman hitam ini sebagai satu pengajaran yang paling dahsyat pernah anda hadapi..elakkan mengaktifkan akaun apabila menerima email scam yang meminta anda untuk mengaktifkan akaun anda.



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Cikgu Rugi RM20,000.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...