Pada edisi yang lepas anda sudah mempelajari dua teknik mudah yang cukup berkesan untuk anda mempromosikan blog anda..pendek kata “ping entri anda”..disamping mampu memperolehi pelbagai manfaat TRAFIK, PAGEVIEWS dan UNIQUE VIEWS..
Pada kali ini, satu lagi cara
yang sangat mudah namun memerlukan sedikit usaha agar blog anda akan lebih
dikenali dan dikunjungi ramai pembaca dan pengunjung..Saya akan sentuh
BUSUK.ORG sebagai medium paling utama selain Facebook dan Twitter sebagai alternative
lain..
Bagaimana nak dapatkan TRAFIK
lebih sedikit selepas Ping entri anda di busuk?
Cara mudah tapi memerlukan
sedikit masa dan usaha..hasilnya berbaloi..Sebelum itu, tanya diri anda, anda
ni jenis blogger yang macam mana?blog anda jenis macam mana? Apa yang anda mahu
nukilkan khas tatapan pembaca? Cara yang paling mudah dan senang tapi TAK
BERAPA DIGALAKKAN..adalah dengan post entri ala-ala LUCAH, GAMBAR BOGEL, GAMBAR
SEPARA BOGEL, KONTROVERSI, PANAS dan sebagainya..confirm blog korang akan dapat
ramai pembaca yang dahagakan isu-isu seperti itu..sebab apa tak digalakkan?
Sebab, Mahukah rakan-rakan anda mengenali anda dan mengenali blog anda sebagai
blog lucah dan sebagainya? Sudah tentu tidak bukan..tapi blog anda, hak
anda..tepuk dada tanya selera dan iman anda..
Cara yang agak susah, memerlukan
usaha namun berbaloi di mata dan hati pembaca..korang buatlah artikel Agama,
Informasi yang baik-baik, tutorial, cerita pelik yang baik-baik..kemaskan entri
anda, tulislah kreatif yang mungkin dan kalau bab Agama..pastikan FAKTA, HUKUM
dan perkara yang benar-benar sahaja..jangan pula post mengenai HADIS..tapi post
HADIS Maudhu’, hadis palsu dan sebagainya..tak pasal-pasal dapat dosa..dan
jangan terkejut kalau Artikel anda menjadi pilihan BUSUK.ORG ataupun ARTIKEL POPULAR
MINGGU INI atau juga ARTIKEL POPULAR HARI INI..
Bila artikel anda sudah menjadi
pilihan pembaca di ketiga-tiga kategori ini, sudah tentu blog anda akan menjadi
sasaran pembaca dan pengunjung..dan jangan terkejut kalau tetiba hari ni anda
dapat 1000 PV, esok 2000 PV dan seterusnya 10,000 PV dalam sehari..