GADIS yang direman pada Jumaat lalu
menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau,
Kepong, Kuala Terengganu.
Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan
pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat
lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang
membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata,
tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar
selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan
di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru
melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat
laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang
warga emas.
“Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan
bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari. “Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi
itu kepada si ibu,” kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini
semalam.
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook