Sedikit petikan yang diambil dari KOSMO:
Dipukul, dikepung
sebelum didakwa berkhalwat, 20 lelaki diketuai seorang suami halang Dr.
Badrulamin keluar dari bilik hotel.
Dr. Badrulamin (Ustaz Badrulamin) dipetik
sebagai berkata..
“Namun mereka masih tidak membenarkan saya
keluar dari bilik. Hanya selepas 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan
menahan saya berseoranan di dalam bilik penginapan tersebut,” katanya didalam
satu kenyataan sambil menafikan dakwaan itu disifatkan sebagai fitnah.
Dr. Badrulamin ditahan selama Sembilan jam
selepas ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita dalam sebuah
bilik hotel di Pantai Balok, Kuantan
pukul 3 pagi kelmarin.
P/s: Sebagai penulis,
aku sebenarnya sudah tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah..adakah ini
suatu mainan politik atau ianya benar-benar berlaku.. satu persoalan yang
begitu susah untuk dirungkaikan.. dalam dunia sekarang, kadang-kadang
undang-undang dan peraturan dalam Islam pun mereka dengan mudah mempermainkannya..tidak
ada lagi ketakutan kepada Allah S.W.T..semoga wujud akan kebenarannya suatu
hari nanti..