Edisi Sentap! Nah, Seluar Dalam terpakai Untukmu Wahai Diana Danielle - I Love You Diana Danielle!

Oleh Kaki Wayang on

 
Memiliki wajah jelita persis artis terkenal Diana Danielle memberi tekanan emosi kepada seorang gadis apabila diganggu peminat misteri yang mengirimkan pelbagai barangan, termasuk seluar dalam dan ayam hidup ke rumahnya.
 
Suspek mula mengganggu gadis yang mahu dikenali sebagai Wani, 21, itu sejak dua minggu lalu dengan menghantar pelbagai barangan seperti cincin dan rantai leher dengan meletakkannya di dalam peti surat di rumahnya di Setapak Jaya, di sini.

Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat berkata, peminat misteri itu kerap menghantar objek pelik ke rumahnya, terutama ketika dia keluar bekerja.

Katanya, gangguan pertama apabila dia mula menerima sekeping nota tertulis nama pelakon Diana Danielle.

“Gangguan kedua berlaku Selasa lalu apabila saya menerima sampul surat berisi seluar dalam terpakai lelaki yang dimasukkan di dalam peti surat rumah,” katanya yang membuat laporan polis pertama di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...