Edisi Pelik! Walaupun Koma Tapi Masih Boleh Melontar Bola - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on

MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.
MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.

Seorang pelajar sekolah tinggi yang terlalu minat kepada sukan bola keranjang menunjukkan aksi luar biasa ketika koma akibat jangkitan kuman di otaknya. Media semalam melaporkan, Maggie Meier jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dirawat di sebuah hospital untuk tempoh agak lama akibat mycoplasma meningoencephalitis sejenis penyakit meningitis yang menyebabkan keradangan pada otak. Bagi mengelakkan kekejangan pada badannya, pelajar Sekolah Tinggi Blue Valley Northwest di Overland Park yang koma selama tiga bulan itu dialihkan setiap dua atau tiga jam.

Laman sesawang thedaily.com melaporkan, keluarga Maggie meletakkan bola keranjang di tangannya ketika dia didudukkan di kerusi roda dalam keadaan koma. Maggie mengejutkan semua pihak apabila kakinya mula bergerak-gerak, manakala tangannya melontar bola berkenaan, seolah-olah bermain di gelanggang. Pakar neurologi Maggie, Dr William Graf, berkata aksi melontar bola keranjang itu tertanam di minda pelajar terbabit sebagai sebahagian daripada nalurinya.

Sepanjang tempoh dirawat di hospital, Maggie melakukan beberapa kali lontaran bola sebelum kembali tidak sedarkan diri. Sejak pulih daripada koma pula, Maggie terpaksa belajar semua aspek asas kehidupan termasuk berjalan, bercakap dan membaca. Sementara itu, rakan Maggie dan jurulatihnya di sekolah meletakkan kerusi kosong di tepi gelanggang sepanjang tempoh dia dirawat bagi mengenang komitmennya.

Semalam, Maggie akhirnya hadir semula ke gelanggang bola keranjang di sekolahnya selepas hampir empat tahun melalui proses pemulihan. Kata Maggie, ketika di hospital, dia tidak terlalu memikirkan bola keranjang. Walaupun pesakit mycoplasma meningoencephalitis boleh pulih sepenuhnya, dalam keadaan tertentu ia mampu menyebabkan kematian.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...