Pemain Liverpool, Steven Gerrard
(kanan) dihalang pemain Cardiff City, Aron Gunnarsson pada saingan Piala
Liga di Stadium Wembley di London. Liverpool menang melalui penentuan
sepakan penalti 3-2. 27 Februari 2012.
Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan selama enam tahun dengan
menjulang Piala Liga selepas menewaskan Cardiff City (Malaysia) 3-2 menerusi
penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 selepas mengharungi 120 minit perlawanan.
Cardiff berada di depan seawal minit ke-19 menerusi jaringan Joe
Mason, sebelum kedudukan disamakan Martin Skrtel pada minit ke-60 untuk
mengheret permainan ke masa tambahan.
Dirk Kuyt menceriakan penyokong Liverpool apabila menjadikan
kedudukan 2-1pada minit ke-108, namun kegembiraan itu tidak bertahan
sehingga wisel penamat dengan pemain pertahanan, Ben Turner muncul hero
Cardiff dua minit sebelum masa tambahan tamat dan memastikan pertarungan
dramatik itu ditentukan dengan sepakan penalti.
Kemenangan Liverpool diperolehi apabila pemain gantian Cardiff,
Anthony Gerrard, adik sepupu kepada kapten Kop, Steven Gerrard, yang
mengambil sepakan kelima yang juga terakhir, tersasar.
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook