Edisi Sengal! Lelaki Bogel Di Lapangan Terbang!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang penumpang, John E. Brennan berkata, dia hanya berbogel dan tidak berkelakuan lucah di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland di sini pada Selasa lalu. Brennan, 49, menanggalkan semua pakaiannya semasa dia diperiksa oleh anggota-anggota keselamatan lapangan terbang.

Menurutnya, dia berbogel kerana membantah kaedah pemeriksaan keselamatan yang menggunakan alat pengimbas badan.

"Cara paling baik untuk memberitahu mereka (anggota-anggota keselamatan itu) bahawa saya tidak membawa bom adalah dengan menanggalkan pakaian saya," katanya semasa diwawancara pemberita agensi berita AP.

Ketika kejadian, dia mahu menaiki pesawat ke San Jose, California. Namun, Brennan ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia enggan memakai semula pakaian selepas diarahkan. Dia kemudian ditahan di sebuah penjara tetapi dibebaskan pada Selasa lalu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

PERTANIAN CAK said...

mantap
Sepeda Motor Injeksi Irit Harga Terbaik Cuma Hondakomen balik ya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...