Sekadar gambar hiasan!
Kira-kira 21 wanita dibawa pulang ke hotel di Colombia oleh ejen Perkhidmatan Rahsia dan anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS) dalam kejadian memalukan pada minggu lalu.
Senator AS, Susan Collins semalam berkata, terdapat 11 ejen terlibat dalam insiden itu dan 20 atau 21 wanita asing dipercayai pelacur dibawa ke hotel di Cartagena ketika mereka ditugaskan untuk mengiringi Presiden Barack Obama melawat Colombia.
"Malah pihak tentera Marin AS turut terlibat dalam kejadian memalukan ini," katanya.