Edisi Simpati! Bayi Comel, Irfan Qadri Derita Sakit Jantung dan Usus!

Oleh Kaki Wayang on



Sepasang suami isteri kini buntu apabila tidak berupaya menanggung kos rawatan bayi lelaki mereka yang menderita penyakit berkaitan jantung sejak lahir kira-kira sebulan lalu. Rashidah Mohamad Saad, 24, memberitahu, dia dan suaminya, Shahrul Azhar Abdul Rahim, 27, perlu menyediakan RM50,000 bagi menampung perbelanjaan merawat bayi lelaki mereka, Irfan Qadri.

Bayi itu yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini disahkan hanya mempunyai satu injap jantung berbanding empat pada kanak-kanak normal selain masalah jantung berlubang.

Saluran usus bayi berusia sebulan itu juga sempit dan telah menjalani dua pembedahan bagi merawat masalah itu di HSB yang dibiayai oleh tabung hospital tersebut.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...