Edisi Khas Untuk Busuk.Org! Sudah Sampai Masanya BUSUK.ORG Menapis Artikel Berunsur Lucah!

Oleh Kaki Wayang on

Sekadar gambar hiasan!

Semakin hari semakin menjadi-jadi, semakin hari blogger Malaysia semakin teruk (segelintir sahaja)..semakin hari semakin banyak blog dan blogger yang memaparkan cerita-cerita lucah diblog mereka dan kemudiannya menghantar artikel berkenaan di BUSUK.ORG sebagai satu perkongsian..


Namun begitu, perkongsian seperti itu kelihatannya tidak begitu sihat untuk dilakukan..Ramai diantara blogger-blogger yang begitu gilakan trafik tanpa memikirkan sesitiviti masyarakat lain..cuba korang lihat dan baca kat laman ping BUSUK.ORG..cerita mengenai SEKS dan semua yang mengarah kepada perbuatan, perlakuan dan video lucah dipaparkan di sini tanpa segan silu..

Adakah blogger-blogger kita mempunyai pemikiran otak kuning? Perlu ke semua artikle korang tu semuanya LUCAH? Rasanya sudah sampai masanya BUSUK.ORG menapis segala bentuk artikel berunsur lucah..ada diantara blogger kita yang apabila kita masuk ke blog mereka..POPULAR POST blog mereka semuanya artikel lucah..

Asyik-asyik rogol, seks, kelucahan melampau, gambar lucah itu dan ini..korang tak rasa macam tak tahu malu ke? Bilamana kawan-kawan korang masuk blog korang then baca post mengenai lucah dan anda dilabel sebagai blog dan blogger lucah?

So, silakan yer wahai BUSUK.ORG..jangan hanya memikirkan trafik sahaja..tetapi biarlah perkongsian trafik ini sesuatu yang bermanfaat dan bersih..tidak dinafikan banyak post-post menarik dan bermanfaat di BUSUK.ORG tetapi bilangannya begitu sedikit..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

budakserius™ said...

Bro boleh flag,artikel yang lucah tu,sebab trlalu bnyak artikel luch yg prlu ditpis.

Muhammad Ariff said...

terima kasih kerana membuat entri ini. pihak Busuk memohon maaf diatas segala kesilapan dan masalah yang timbul akibat masalah entri lucah ini. untuk pengetahuan admin blog ini, saya sendiri yang filter masalah entri di blogger itu. ini dilakukan secara manual dan bukan automatic. admin perlu meneliti setiap entri di ping busuk yang kini jumlah ping entri seminit adalah lebih kurang 5 artikel. cuba bayangkan berapa artikel yang admin perlu filter sendirian? sebab itulah fungsi flag di ping busuk diwujudkan. pihak kami ingin readers sendiri yang flag supaya readers sendiri yang dapat membantu mengatasi masalah ini. masalah ini timbul kerana kehadiran blogger2 yang tidak tahu erti blogging. sebab itulah, sebagai blogger dan readers, kita seharusnya membantu bersama2 flag atau report url di fb busuk agar admin dapat delete entri tersebut. insyaAllah, pihak busuk.org akan release system baru di busuk.org tidak lama lagi. terima kasih admin blog yang sudi menegur kami. kami sekali lagi memohon maaf di atas kesilapan ini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...