Edisi Pelik! Derita Budak Tiada Lubang Dubur dan Karung Testis - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on

Maizatul menunjukkan karung najis yang terletak di luar perut Muhammad Anas Miqhael di Jitra semalam.

Ketika kanak-kanak lain menjalani kehidupan normal, Muhammad Anas Miqhael Salehuddin pula terpaksa mengharungi keadaan menyeksakan apabila terpaksa mengendong karung najis di perutnya setiap hari. Ini kerana kanak-kanak berusia setahun lapan bulan itu tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur selain tiada saluran pemakanan.

Kanak-kanak malang itu juga tidak memiliki karung testis sejak dilahirkan pada 27 Ogos 2010. Sehari selepas dilahirkan, anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Pembedahan tersebut bertujuan untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis.

Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, menerusi tiub getah itu, anaknya menyusu dan membuang air besar menerusi saluran najis dengan karungnya diletakkan di luar perut.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

mujagirl92 said...

kesian nye tengok dia,, tapi,, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...