Assalammualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Dah
agak lama benar rasanya tidak menulis TIPS Blog..rasanya ramaid iantara pembaca
yang tertanya-tanya bagaimana Kaki Wayang promosikan artikel di blog ini..dan
ramai sebenarnya yang tanya macam mana nak dapatkan trafik secara konsisten..
Gambar
Buat
pertamanya, kita mulakan dengan tips ARTIKEL BERGAMBAR mampu tarik pembaca..Rakyat
Malaysia terkenal dengan sifat dan sikap malas lebih-lebih lagi malas
membaca..cuba kita lihat masyarakat cina dan omputeh..jarang sekali kita
melihat mereka tanpa buku ataupun sebarang bahan bacaan..setiap kali melihat
mereka sama ada di restoran, kedai-kedai, shopping complex dan macam-macam
lagi..ditangan mereka pasti akan ada bahan bacaan..tak kiralah bahan bacaan itu
bergambar ataupun tidak.
Bagi
kita rakyat berbangsa melayu, amat jarang untuk kita melihat situasi ULAT BUKU
walaupun kadang-kadang kita sentiasa menggelar pelajar atau masyarakat yang
memakai “spek”aka cermin mata sebagai skema/ ulat buku..maka gelaran ulat buku
itu hanya terhenti dan focus kepada orang-orang yang memakai spek sahaja..
Tidak
dinafikan masyarakat “kecik-kecik”sehinggalah dewasa adakalanya begitu gemar
melihat gambar daripada membaca..oleh sebab itulah, artikel bergambar mampu
menarik lebih ramai pembaca berbanding blog/ artikel tidak bergambar. Namun
terdapat juga artikel bergambar yang tidak digemari masyarakat hari ini. Ini
mungkin disebabkan kerana penulisan yang tidak konsisten dan tidak kreatif
menyebabkan pembaca tidak berminat untuk datang dan seterusnya membaca artikel
di blog kita. Pendek kata, gambar dan gaya penulisan perlu selaras dan seimbang
agar ianya mampu menarik perhatian pembaca.
Jenis dan Gaya Penulisan
Ini
adalah perkara terbesar yang kadangkala tidak diambil berat oleh penulis blog.
Mereka ingat dengan hanya copy and paste mampu memberikan peluang kepada blog
mereka untuk menarik perhatian pembaca. Tanggapan itu sebenarnya salah. Memang
tidak salah untuk kita copy and paste (terdapat blog-blog yang membenarkan
karya mereka diambil) namun jangan lupa untuk meletakkan kredit pada artikel
anda.
Bernilainya
blog anda adalah disebabkan gaya penulisan anda. Gaya penulisan amat memainkan
peranan agar kekreatifan kita mengolah ayat dan artikel mampu menarik perhatian
pembaca.
Satu
perkara lagi adalah berkenaan dengan jenis tulisan. Biasanya apabila kita
menulis menggunakan Microsoft Word/ Blog Editor (Default) kita hanya boleh
menggunakan jenis tulisan seperti Times New Roman, Tahoma, Calibri, Myriad,
Arial dan beberapa jenis tulisan lagi. Kesemua jenis tulisan ini begitu
memainkan peranan agar penulisan anda kelihatan kemas dan tidak “serabai”.
Bayangkan terdapat blog yang menggunakan font jenis Monotype Corsiva, Vivaldi,
ChopinScript dan sebagainya untuk menulis. Tidak dinafikan font jenis itu
CANTIK. Namun adakah font jenis itu sesuai untuk dijadikan JENIS FONT pada
penulisan kita? Bila ianya tidak mampu dibaca oleh pembaca sudah tentu pembaca
setia blog anda akan lari.
Sekian
semoga mendapat manfaat darinya..