Edisi Informasi! Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Hingga Sabtu Sempena 'Rakyat dan Rakyat Berpisah Tiada'!

Oleh Kaki Wayang on


Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat sejak semalam hingga Sabtu ini sempena persembahan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”. Acara yang akan bermula pada pukul 8 malam Sabtu tersebut merupakan kemuncak kepada majlis pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.



Polis Diraja Malaysia dalam laman Facebook memaklumkan, jalan yang terlibat ialah Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Pasar Besar, Susur Bukit Aman ke Jalan Hishammuddin (Dataran Merdeka), Jalan Gereja dan Jalan Mahkamah Persekutuan (Bangunan Sultan Abdul Samad).

"Bagi tujuan raptai, Jalan Raja di Dataran Merdeka ditutup kepada tiga lorong sejak Sabtu lepas hingga esok pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, kecuali pada 18, 19 dan 20 April, yang mana ia akan ditutup sepenuhnya mulai 8 malam sehingga 12 tengah malam.

"Penutupan penuh akan dilakukan mulai awal pagi Sabtu pukul 12.01 pagi hingga 6 pagi Isnin,” menurut kenyataan polis itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...