Edisi Terkini! Ambiga Harus Dihukum - Susulan Perhimpunan Bersih 3.0!

Oleh Kaki Wayang on


Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0, Datuk S. Ambiga dan pemimpin parti pembangkang perlu bertanggungjawab atas insiden keganasan di sekitar ibu negara kelmarin sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda awam serta kecederaan serius.
Sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai 'amat malang', Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai penganjur Ambiga harus menghadapi tindakan undang-undang kerana menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan anggota polis.


"Ambiga tidak boleh lepas daripada tanggungjawab sebab dia kata dia jadi penganjur utama. Jadi kita serah kepada pihak berkuasa apakah tindakan wajar yang boleh diambil. Bukan kita ikat kebebasan. Itu kita sudah bagi.

"Nampaknya ia (perhimpunan) sudah diculik oleh parti-parti pembangkang dan kita tahu apakah muslihat mereka," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

mujagirl92 said...

sampai bilela,,,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...