Edisi Terkini! Pelakon Mati Dibunuh Setelah Diculik dan Dipancung!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam. Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu.

Menurut polis, motif di sebalik insiden itu adalah mahu mendapatkan wang tebusan. Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine.

Dalam filem itu, Meenakshi diberi peranan kecil. Ibu Meenakshi dipercayai membayar 60,000 rupee (RM3,534) untuk membebaskannya tetapi wang berkenaan gagal mengembalikan aktres terbabit kepada keluarganya.

Polis berkata, Meenakshi dicekik di hotel penginapan mereka dan mayatnya – kecuali bahagian kepala – dibuang dalam tangki air. Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai. Penyiasat daripada Bahagian Jenayah Polis Mumbai menemui mayat Meenakshi di rumah disewa Preeti di Allahabad, Rabu lalu.

Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada. 

“Suspek percaya Meenakshi adalah anak orang kaya kerana gaya hidupnya yang mewah walaupun tidak mendapat peranan utama dalam sesebuah filem. “Meenakshi pula berjaya menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga sederhana,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menculik Meenakshi dan menuntut tebusan bernilai 1.5 juta rupee (RM88,372). Bagaimanapun, katanya, suspek memang tidak bercadang membebaskan Meenakshi kerana mangsa sepatutnya dibunuh sebaik saja bayaran dibuat. Setakat ini, Meenakshi belum pernah diberi kepercayaan membawa watak besar dalam filem.

Dia diberi peranan kecil dalam filem seram, 404, tahun lalu, selain muncul beberapa kali sebagai model iklan. Polis berkata, ketika menuntut tebusan daripada ibu Meenakshi, Amit dan Preeti mengugut untuk menghasilkan filem lucah aktres berkenaan, selain mengambil kad bank mangsa. “Selepas ibu Meenakshi memasukkan sebahagian wang ke akaun Meenakshi, mereka membunuhnya.

Pasangan itu menyangka mereka berjaya melupuskan semua bukti pembunuhan. Bagaimanapun, mereka melakukan kesilapan apabila Amit menyimpan kad SIM telefon bimbit Meenakshi. Polis berjaya mengesan mereka melalui kad berkenaan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

Dah niat bunuh lagi mau mintak duit...hish!! Dunia sekarang yg penuh kekejaman

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...