Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu pihak berkuasa Islam
negara ini melarang penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Erykah Badu
daripada mengadakan konsert di Kuala Lumpur Rabu kerana penyanyi itu
menggunakan tatu kalimah Allah di dadanya.
Harussani
menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara
ini adalah dilarang sama sekali dan undang-undang mengenainya amat
jelas.
" Selain umat Islam, kita tidak benarkan
sesiapa menggunakan kalimah Allah dan itu sudah digazetkan pun,"tegas
beliau kepada AntaraPos.com.
Penyanyi hip hop
dan jazz itu dijadual mengadakan konsert sulungnya di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur Rabu ini setelah ditunda minggu lalu. Kuala Lumpur adalah
persinggahan pertama Badu dalam siri jelajahnya ke Asia dan Australia.
Konsert
di KLCC itu dikendalikan oleh Pineapple Concerts Sdn Bhd,
pegawai-pegawai syarikat itu tidak dapat dihubungi untuk mengulas.
Harussani
berkata jika Badu memadamkan tatu kalimah itu sekali pun, beliau tidak
harus dibenar mengadakan konsert berkenaan kerana tetap dianggap sebagai
mencemari kesucian Islam.
" Kalau kita lihat dari
segi sensiviti..., kita tak benarkan guna kalimah Allah kerana tidak
meletakkan di tempat yang mulia," ujar beliau.
Akhbar The Star hari ini membuat permohonan maaf kerana menyiarkan gambar Badu dengan tatu kalimah Allah di kedua belah dadanya.
Selain
tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah
memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan
piramid.
LAGI BERITA DI SINI:
LAGI BERITA DI SINI: