Panas!!! Panas!!! itulah ungkapan yang paling sesuai untuk diletakkan kepada Erykah Badu..Perlu ke sampai nak bertatu ni? Perlu ke sampai nak tatu nama Allah kat badan? boleh ke? Sebagai orang Islam memang tak boleh kan? dan kalaupun tatu itu boleh dipadam..maknanya versi yang tak kekal..perlu ke pakai? sesuai ke? HARAM..kang kena petir atas pentas..amekkaw!!!
"Peminat di Malaysia ada bertanya bertanyakan siapa sebenarnya yang layak memberikan
kebenaran untuk Erykah Badu mengadakan persembahan di Malaysia jika
beliau pernah menggunakan Allah sebagai tattoo?
Hollywood sendiri sebenarnya keliru dengan pegangan agama Erykah Badu
namun beberapa sumber mengatakan yang penyanyi ini sebenarnya mengakui
diri beliau sebagai seorang Muslim — tetapi bukan dari sudut agama.
Kepercayaan dan amalan Erykah Badu merupakan satu serpihan dunia Islam yang di’panggil sebagai Five Percenters dan umat Islam secara sepakat tidak mengakui pengamal ajaran serpihan ini sebagai Muslim sejati."
Dahlah seksi pula tu..memang nak kena petir dan mengundang kontroversi betul minah ni..memang akan mengundang caci maki dari pembaca.
LAGI BERITA DI SINI:
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen
membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan
pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang
sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.
LAGI BERITA DI SINI:
Edisi Sengal! Tatu Kalimah Allah Haramkan Konsert Erykah Badu, Kata Harussani!
Sedikit mengenai FATWA berkenaan dengan Tatu/ Tatoo:
Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam
hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu
adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang
telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya
dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak
mendatangkan sebarang kemudharatan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri
dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang
bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka
tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat
tersebut.
Keterangan/Hujah:
-
Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta
disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta
dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
-
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta
ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat
al-Thabrani)
-
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim
menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat
dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan
tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi
najis.
-
Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu
sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan
mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai
bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan
tersebut.
-
Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang
memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara
yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
- Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.