Asas pertikaian mereka terhadap tindakan tegas kerajaan itu, bergantung kepada siapa mereka yang bercakap mengenainya. Ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana Malaysia adalah sebuah negara terbuka dan tidak kurang juga mempertahannya dengan pelbagai alasan munasabah.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Erykah Badu - Wikipedia. Show all posts
Showing posts with label Erykah Badu - Wikipedia. Show all posts
Home » Posts filed under Erykah Badu - Wikipedia
Edisi Informasi! Di sebalik Pembatalan Konsert Erykah Badu dan Kontroversi Tatu Hina Islam dan Allah S.W.T - Kupasan Penuh!
Oleh Kaki Wayang on
BILA konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung Februari lalu diharamkan, ramai pihak mempertikaikan keputusan itu secara senyap.
Asas pertikaian mereka terhadap tindakan tegas kerajaan itu, bergantung kepada siapa mereka yang bercakap mengenainya. Ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana Malaysia adalah sebuah negara terbuka dan tidak kurang juga mempertahannya dengan pelbagai alasan munasabah.
Edisi Terkini! The Star Gantung Dua Orang Editor Sebagai Response Kepada Isu Erykah Badu!
Oleh Kaki Wayang on
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil satu
keputusan muktamad menarik semula permit konsert kerana imej tersebut
yang menyentuh sensitiviti agama Islam.
Ekoran kejadian itu, sebagai satu tindak balas selain permohonan maaf yang di’terbitkan secara terbuka, The Star di’laporkan telah memecat dua orang editor yang bertanggungjawab ke atas penyiaran imej penuh kontroversi itu.
Edisi Sentap! Zaid Ibrahim Pula Mempertahankan Erykah Badu!
Oleh Kaki Wayang on
Zaid Ibrahim, Presiden KITA yang terbuang
mempertahankan Erykah Badu melalui entri terkini blognya. Dia mempersoalkan
kenapa kerajaan melalui menteri Rais Yatim membatalkan konsert Erykah Badu.
Zaid menggambarkan tatu kalimah Allah pada badan
Erykah hanya huruf Arab yang kelihatan seperti kalimah Allah.
Nampaknya Zaid tak nampak itu kalimah Allah.
Tatu tersebut juga boleh ditanggalkan dan Zaid
menulis, sekiranya bukan kekal kemungkinan besar Erykah tidak akan mempamerkan
tulisan itu semasa persembahan dan tak sepatutnya orang Islam marah. Zaid juga
mendakwa sekiranya ia kekal, ia adalah ekpresi seni dan bukan cubaan untuk
menyinggung sesiapa.
Edisi Panas! Adibah Noor Marah Konsert Erykah Badu dibatalkan - Ikuti Penjelasan Adibah Noor!
Oleh Kaki Wayang on
Ternyata, pembatalan konsert penyanyi
Amerika Syarikat, Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung hari ini
benar-benar meninggalkan impak dan memberikan pelbagai spekulasi serta
menerima banyak pandangan daripada orang ramai.
Selepas sebuah akhbar mengeluarkan gambar Erykah yang bertattookan
kalimah Allah, isu mengenai perlangsungan konsert wanita itu semakin
rancak diperdebatkan di mana dia dilihat telah melanggar Garis Panduan
Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara
(PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya
Malaysia.
Edisi Sentap! Tatu Erykah Badu Hanya Palsu, Untuk Tujuan Lakonan Sahaja - Sesi Temubual Daphne Iking dan Erykah Badu!
Oleh Kaki Wayang on
Dari satu sumber yang boleh dipercayai, dalam Blog Daphne Iking menyatakan tidak ada tatu sepertimana yang digembar-gemburkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini..namun ianya hanyalah Tatoo untuk tujuan filem dan lakonan sahaja (menurut Erykah Badu)..
Walau apa pun alasannya..tak kiralah untuk tujuan lakonan ataupun memang sengaja nak letakkan tatoo seumpama itu (tatoo dengan adanya nama Allah)..lebih-lebih lagi diletakkan di badan merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan Allah S.W.T..
Jom kita tengok dan baca skit apa yang Daphne Iking tanya Erykah Badu berkenaan dengan TATOO nya itu..
Edisi Sentap! Konsert Erykah Badu dibatal - Isu Tatu Nama Allah S.W.T di dada!!
Oleh Kaki Wayang on
Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual
berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis
panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar
Negara (Puspal).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr
beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar
syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta
nilai budaya masyarakat Malaysia.
Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah
Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak
Ahad lalu.
Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di
badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan
merupakan kesalahan yang serius.
"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang
boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada
imej kerajaan," katanya.
Edisi Sentap! Erykah Badu: Artis hina ALLAH buat tatu dengan perkataan Allah di badan!
Oleh Kaki Wayang on
Panas!!! Panas!!! itulah ungkapan yang paling sesuai untuk diletakkan kepada Erykah Badu..Perlu ke sampai nak bertatu ni? Perlu ke sampai nak tatu nama Allah kat badan? boleh ke? Sebagai orang Islam memang tak boleh kan? dan kalaupun tatu itu boleh dipadam..maknanya versi yang tak kekal..perlu ke pakai? sesuai ke? HARAM..kang kena petir atas pentas..amekkaw!!!