Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil satu
keputusan muktamad menarik semula permit konsert kerana imej tersebut
yang menyentuh sensitiviti agama Islam.
Ekoran kejadian itu, sebagai satu tindak balas selain permohonan maaf yang di’terbitkan secara terbuka, The Star di’laporkan telah memecat dua orang editor yang bertanggungjawab ke atas penyiaran imej penuh kontroversi itu.
The Malaysian Insider melaporkan yang Editor Kanan sisipan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Editor Daryl Goh telah di’gantung berkuatkuasa serta merta.
The Star turut di’laporkan telah melantik Editor Bersekutu Rozaid
Rahman dan Shah Dadameah untuk membantu juga membimbing akhbar itu
berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti kaum & agama.
Via: Rotikaya