Wanita Maghribi dan aktivis hak kemanusiaan memegang poster dan potret Amina al-Filali, 16 yang membunuh diri selepas dipaksa berkahwin dengan perogolnya dalam satu protes di luar bangunan Parlimen di Rabat, Maghribi, kelmarin.
Sebanyak 200 wanita Maghribi mengadakan tunjuk perasaan di luar Parlimen semalam, seminggu selepas peristiwa seorang gadis berusia 16 tahun membunuh diri selepas dipaksa berkahwin dengan lelaki yang merogolnya.
Protes tersebut diadakan bagi mendesak pindaan terhadap undang-undang sedia ada yang membolehkan perogol tidak penjarakan sekiranya memilih untuk berkahwin dengan izin keluarga mangsa.
Sebelum ini, keluarga mangsa rogol di bawah usia 18 tahun biasanya bersetuju dengan perkahwinan kerana pada pandangan mereka wanita yang hilang dara tanpa ikatan perkahwinan ibarat satu aib kepada keluarga.