Edisi Sengal! Pengasuh Tak Mengaku Cubit, Dera Budak 4 Tahun!

Oleh Kaki Wayang on

Sekadar Gambar Hiasan

Seorang ibu yang baru mengambil anak perempuannya dari sebuah pusat asuhan sebaik pulang bekerja terkejut apabila mendapati terdapat kesan lebam dan bengkak di badan dan muka anaknya di Bandar Tasik Selatan, di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, budak perempuan berusia empat tahun memberitahu ibunya dia ditampar dan dicubit pengasuhnya serta seorang kanak-kanak lain di pusat asuhan itu berkali-kali tanpa mengetahui punca sebenar.

Menurut sumber, ibu mangsa yang juga peniaga berusia 32 tahun yang tidak berpuas hati kemudian bertanyakan kejadian itu kepada pengasuh terbabit pada keesokan hari.

“Pengasuh terbabit mengaku mencubit mangsa kerana anak kecil itu mengoyakkan kertas peperiksaan seorang lagi kanak-kanak yang diasuh. “Namun, dia menafikan kesan lebam di muka mangsa akibat ditampar, sebaliknya mengatakan mangsa terjatuh dari buai,” katanya.

Sumber itu berkata, pengasuh terbabit turut menafikan mangsa ditampar pemilik kertas soalan yang dikoyakkan itu.

Bagaimanapun, tidak berpuas hati dengan penerangan pengasuh terbabit, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi selain membuat aduan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...