Dewasa ini, blog semakin menjadi pilihan. Entah
berapa puluh orang bahkan lebih dari itu yang memilih untuk memiliki blog
sendiri. Dek kerana ingin mengejar “kekayaan” dalam berblogging, para blogger
sekarang begitu selesa memilih genre artikel sebegitu rupa..
Memanglah ianya akan mampu menjana trafik yang
begitu tinggi..tapi sampai bila ianya akan dapat mempertahankan dan
memperkukuhkan blog anda? Bayangkan 20 tahun akan datang, anda sudah mencapai
umur yang boleh dikatakan “veteran” masikah anda mahu menulis artikel berbentuk
dan berbaur lucah?
Sejak kebelakangan ini, artikel-artikel sebegini
begitu menjadi pilihan para blogger terutamanya blogger-blogger baru sebab nak
dapatkan trafik yang baik. Begitu juga dengan blogger-blogger senior..bukan
satu atau dua, bahkan memang ramai yang buat macam tu…
Sebagai contoh paling mudah adalah pada laman ping BABAB.NET..perghhhhh pada page pertama sahaja dalam 25 post utama, terdapat
lebih separuh post berbaur lucah.. keadaan ini sebenarnya begitu
membimbangkan..
Persoalannya sekarang, sampai bilakah post-post
seperti ini akan berterus-terusan diangkat sebagai post pilihan blogger-blogger
di Malaysia?