Apa yang kita semua tahu, ajal
itu di tangan tuhan, bermakna kita tidak tahu bila ia akan datang dan kita
tidak mampu menghalangnya. Namun, peraturan yang dikeluarkan
seorang Datuk Bandar di sebuah desa kecil di selatan Itali nyata sangat berbeza
dengan pemahaman kita itu dan boleh dikatakan sebagai tidak masuk akal.
Datuk Bandar bernama Giulio
Cesare Fava dari Bandar Falciano del Massico, daerah yang terletak 50km di
utara Kota Naples mengeluarkan arahan melarang warganya untuk mati. Peraturan itu dikeluarkannya
kerana tidak tersediannya ruang perkuburan yang cukup di daerah tersebut. Seperti dilaporkan Euro News,
Fava mengatakan perintah itu dikeluarkan setelah adanya pertikaian dengan
bandar bersebelahan berkaitan kerjasama untuk berkongsi tanah kubur.
“Dilarang bagi warga untuk
melampaui batas-batas hidup duniawi dan untuk pergi ke dunia akhirat. “Peraturan ini telah membawa kebahagiaan,
malangnya, dua warga lansia tidak taat dengan peraturan ini,” katanya Datuk
Bandar itu awal minggu lalu.
Sengketa berkaitan pemakaman itu
bermula ketika del Massico menjadi kota berautonomi pada 1964 dari kota
tetangga, Carinola. Ketika sempadan kedua bandar
dikaji semula, kawasan perkuburan hanya berada di Carinola. Mereka yang
meninggal di kedua-dua bandar dikuburkan di perkuburan lama sehingga tidak ada
ruang untuk perkuburan baru. Malangnya, kedua-dua bandar tidak
setuju pada penyelesaian tentang konsep ‘kubur bersama’.
“Ini adalah peraturan provokatif
(dilarang mati), tapi saya harus mengeluarkannya dalam rangka untuk
meningkatkan kesedaran di antara pihak berkuasa yang bertanggung jawab,” kata
Datuk Bandar Fava.
Sejak Falciano del Massico
mendapatkan autonomi pada 1964, kata Fava, del Massico belum berjaya membina
tanah perkuburan. Peraturan tersebut jelas membuat
warga del Massico menggaru kepala, tanda kebingungan. “Datuk Bandar mengatakan
bahawa kami tidak harus segera mati, tapi bagaimana kita boleh taat?,” kata
warga tempatan yang keliru.(Sumber: Republika.Co.Id/Euro News)