Edisi Ohsem! Gambar Dalaman KOC MyKomuter KTM Yang Ohsem dan Lebih Canggih - Serius Ohsem!

Oleh Kaki Wayang on

 
Beginilah keadaanya di dalam KOC My Komuter KTM yang baru mula beroperasi beberapa minggu lalu. Dengan design baru yang lebih ampuh, kemas dan lebih luas menjadikan koc baru ini tampil berbeza berbanding dahulu. Kalau KliaExpress ada paparan LCD pada setiap KOC, MyKomuter pun ada juga. Kao hadooooo? 



Sedikit mengenai MyKomuter KTM baru ini, selain mempunyai paparan LCD pada setiap koc terdapat juga lampu LED pada setiap pintu yang berfungsi sebagai pemberitahuan kepada penumpang apabila sampai ke destinasi. Lampu LED tersebut akan berkelip menandakan tibanya di satu-satu destinasi. Hal ini akan lebih memudahkan para penumpang untuk “monitor” perjalanan mereka agar tidak terlepas destinasi. Melainkan penumpang tersebut ”tidur mati”.



Selain itu, kerusi pada KOC ini kelihatannya lebih luas dan selesa. Apa yang mampu kita harapkan adalah agar tren 6 koc ini akan beroperasi sepenuh masa pada setiap lines utama kerana tren 3 koc yang lama sudah tidak mampu lagi menampung jumlah penumpang yang semakin bertambah, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.  

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...