MOTOROLA Mobility Inc menjalinkan usaha sama dengan Electronic Art (EA), syarikat hiburan interaktif digital global untuk melancarkan telefon pintar, Motorola ATRIX 2 yang membolehkan pengguna mengakses semua kandungan peribadi mereka di mana sahaja.
Pengarah Serantau Jualan Peranti Mudah Alih Motorola, Asia Tenggara Robert van Tilburg berkata, pengenalan telefon itu adalah hasil usaha sama pertama Motorola Mobility tahun ini dengan EA menyediakan 10 permainan untuk Motorola ATRIX 2, termasuk ‘Need for Speed Hot Pursuit’ dan EA Sport FIFA 10.

“Motorola ATRIX 2 ialah telefon pintar berkuasa yang dilengkapi ciri-ciri menarik yang sedia untuk perniagaan dan hiburan dengan harga yang menarik,” katanya pada majlis pelancaran telefon berkenaan di Kuala Lumpur.