Edisi Sentap! Kisah Tragis Pembunuhan Muhammad Durrah dan Fida Mohamed Dhiya!

Oleh Kaki Wayang on

Ingatkah anda terhadap peristiwa pembunuhan Muhammad Durrah yang berusia 2 tahun yang berlaku di Palestin pada tahun 2000 dahulu (gambar kanan)? Muhammad Durrah dibunuh oleh tentera Israel disaat dia keluar bersama-sama bapanya dan dalam perjalanan pulang.

Kedua-dua mereka ditembak bertalu-talu oleh tentera Zionis hingga mati walaupun ayahnya telah merayu-rayu kepada tentera untuk tidak terus menembak kerana bersamanya terdapat anaknya yang berusia 2 tahun. Kejadian itu berlaku 12 tahun yang lalu di Palestin.

Kejadian tersebut berulang kembali Sabtu lalu tetapi kali ini di wilayah Dar'a, Syria. Ia berlaku kepada seorang kanak-kanak, Fida' Mohamed Dhiya' ketika dia bersama-sama bapanya mengiringi jenazah mereka yang syahid Sabtu lalu. Ketika perjalanan ke kawasan perkuburan, mereka diserang oleh tentera rejim Basyar dan bapa Dhiya' mengalami kecederaan.

Sekalipun bapa Dhiya' bersama-sama penduduk lain cuba merayu dan menjerit meminta supaya tentera menghentikan tembakan, semua itu tidak dihiraukan oleh tentera rejim hingga Dhiya' menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan bapanya.

Apakah perbezaan antara tentera rejim Syria dengan tentera Israel?

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Makbed said...

Allah melarang keras membunuh wanita, orang tua dan kanak2 dlm peperangan!

Kaki Wayang said...

Yup..setuju...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...