Edisi Khas Blogger! Kisah Tragis Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad - Menghidap Penyakit Lumpuh Otak, Jantung Berlubang dan Injap Jantung Sempit!

Oleh Kaki Wayang on


Sejak kisah adik Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit dipaparkan dalam Sinar Harian 23 Mac lalu, sumbangan orang ramai kepadanya meningkat kepada RM9,390 hingga petang semalam.

Bapanya, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, berkata, keluarganya terharu dengan keprihatinan orang ramai kepada anaknya yang akan menjalani pembedahan pada 4 April nanti.
 
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH dipermudahkan usaha mendapatkan dana bagi pembedahan anak saya. “Saya berterima kasih kepada mereka yang membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga menghadapi ujian ini. Hanya ALLAH yang dapat membalasnya,” katanya.

Menurutnya, Mawar menunjukkan perkembangan positif dan tidak batuk lagi.

“Mawar akan dikuarantin sebelum dia dimasukkan ke hospital 2 April dan dijangka akan menjalani pembedahan pada 4 April nanti. “Isteri saya, Sahida Ramli akan bercuti hari ini sehingga Mawar menjalani pembedahan,” katanya.

Beliau berharap, seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan pembedahan ini nanti dan berharap tiada sebarang komplikasi selepas pembedahan itu nanti.

Mawar memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahannya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...