Edisi Hangat! Modenas Ace 115 dilancar!

Oleh Kaki Wayang on


MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom), optimis untuk meningkatkan penguasaan pasarannya sehingga 15 peratus daripada sembilan peratus sekarang dalam segmen 110 hingga 115cc bersandarkan pengenalan model terbarunya, Modenas Ace 115 menjelang akhir tahun ini.


Modenas Ace 115 dengan enjin 120cc dijual pada harga RM4,600 seunit dijangka menyumbang kepada 7,000 unit jualan purata pelbagai model setiap bulan bersandarkan ciri terbarunya yang lebih muda.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ismail berkata, model berteknologi Kawasaki itu dilengkapi penyerap hentak tunggal, brek cakera hadapan dwipiston bagi memberikan kesan brek sempurna dan tangki minyak berukuran 5.3 liter yang mampu mencatatkan perjalanan sehingga 250 kilometer (km) pada kelajuan purata 80km sejam.

“Ciri-ciri istimewa lain pada model ini ialah rim sport, transmisi empat kelajuan dengan sistem berputar, reka bentuk ekzos sporty serta lampu hadapan unik dengan nyalaan lebih terang dan lebar,” katanya pada majlis pelancaran itu di Kuala Lumpur, semalam.

modenas-ace-115-01
modenas-ace-115-02
modenas-ace-115-03

Spesifikasi Modenas Ace 115

spesifikasi-modenas-ace-115

Harga Modenas Ace 115 ini ialah RM 4,598.00 (dual starter) – tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Via: HarianPost

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...