BILA konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung Februari lalu diharamkan, ramai pihak mempertikaikan keputusan itu secara senyap.
Asas pertikaian mereka terhadap tindakan tegas kerajaan itu, bergantung kepada siapa mereka yang bercakap mengenainya. Ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana Malaysia adalah sebuah negara terbuka dan tidak kurang juga mempertahannya dengan pelbagai alasan munasabah.
Kebanyakan mereka yang mempertikai keputusan itu mempunyai unsur emosional manakala yang mempertahannya pula terpaksa memberi alasan rasional. Ramai yakin kerajaan mengambil tindakan mengharamkan konsert itu atas asas kukuh, yang tidak semua perlu didedahkan kepada umum.
Sebenarnya, kerajaan hanya perlu membuat dua pilihan – membenarkan
konsert itu diteruskan untuk menjadi popular khasnya di kalangan remaja
atau mengharamkan konsert itu atas alasan berasaskan keputusan
bijaksana.
Kerajaan memilih mengharamkan konsert itu pada saat akhir kerana ia mempunyai implikasi sangat besar terhadap persepsi dan keselamatan negara. Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Malaysia perlu sensitif terhadap apa juga isu membabitkan Islam.
Malaysia tidak boleh menjadi negara ‘Semua Boleh’ walaupun negara ini menyanjung semangat ‘Malaysia Boleh.’ Kita percaya tindakan kerajaan itu mempunyai kaitan rapat dengan soal keselamatan rakyat yang menyaksikan konsert itu.

Adalah lebih baik mengambil tindakan mencegah sebelum kejadian
buruk berlaku. Rasanya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira
‘malang tidak berbau.’ Peristiwa letupan di beberapa negara, termasuk di
Bali dan Jakarta tidak boleh dianggap ia tidak boleh berlaku di tempat
lain.
Hari ini, dunia didedahkan dengan kumpulan di belakang beberapa kejadian
yang mencatat sejarah peristiwa dunia itu. Atas nama jihad, semua boleh
dilakukan walaupun mereka terpaksa mati bersama.
Bagi pengganas, apa juga produk Amerika Syarikat dianggap sebagai ‘haram.’ Bagi mereka, Amerika Syarikat adalah musuh pertama mereka. Oleh itu, keberanian kumpulan ini sudah diuji dan mereka menunggu peluang dan masa sesuai untuk membuat gempar baru.
Malang bagi Erykah dan penganjur kerana pembatalan konsert itu tidak ada kena mengena dengan soal pelanggaran kontrak atau undang-undang. Ia berpunca daripada gambar Erykah yang disiarkan sebuah akhbar tempatan yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
Walaupun dianggap kesilapan tidak disengajakan, ia tetap mempunyai implikasi besar. Tentunya, risiko meneruskan konsert itu adalah lebih besar daripada membatalkannya. Golongan muda, khasnya yang sudah membeli tiket, berasa amat kecewa dan menganggap kerajaan membuat keputusan tidak wajar. Mereka marah kerana ia dianggap merampas hak mereka sebagai orang muda. Mereka membandingkan konsert Erykah di negara lain yang berjalan lancar.
Mereka menganggap Malaysia mengamalkan dasar tertutup. Mereka lupa, tanpa isu dicetuskan akhbar itu, konsert itu sepatutnya diteruskan. Konsert Jessie J di Sunway Lagoon malam kelmarin berjalan lancar tanpa sebarang insiden. Ini menunjukkan, kerajaan tidak ada masalah membenarkan konsert seperti ini jika yakin ia tidak menimbulkan masalah keselamatan.
Bagi orang asing yang sering skeptikal terhadap Malaysia, mereka mengaitkan keputusan itu sebagai gambaran dasar kerajaan. Bagi golongan ini, ia menguatkan anggapan lama mereka bahawa kerajaan membuat keputusan ‘flip-flop.’

Mereka mengaitkan dengan kebimbangan orang asing untuk mengadakan perjanjian atau berkolaborasi dengan Malaysia. Malah, ada yang mengaitkan kegagalan menarik orang asing supaya menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua, ada kaitan dengan keputusan ‘flip flop.’
Masyarakat pelabur melihat isu ini dalam konteks berbeza daripada pengusaha pelancong. Ada juga yang mengatakan sebagai sebuah negara mengamalkan pendekatan wassatiyah atau kesederhanaan, konsert itu perlu diteruskan. Bagi golongan ini pembatalan konsert itu dianggap pelanggaran dasar wassatiyah.
Apapun, ramai mengatakan keputusan kerajaan itu tepat dengan mengambil kira suasana global yang perlu berwaspada terhadap ancaman pengganas. Dengan mengambil kira beberapa peristiwa di negara lain, jika sesuatu berlaku membabitkan Islam, pihak yang berkenaan akan mendapat ‘amaran’ daripada pihak menentangnya.
Pembangkang nampaknya sunyi senyap berhubung isu pembatalan konsert Erykah ini. Barangkali mereka setuju keputusan kerajaan atau mereka juga mungkin kecewa keputusan itu. Mereka mungkin mengharapkan kerajaan membenarkan konsert itu diteruskan kerana memberi peluang menjadikannya isu politik. Seandainya konsert itu diteruskan dan katakan ada pihak yang ingin mengambil kesempatan melakukan huru-hara, mereka akan mengambil peluang seluas-luasnya mengecam kerajaan. Malah, mereka akan mengatakan kerajaan membuat keputusan salah dan tidak sewajarnya membenarkan konsert itu diadakan. Ini adalah sikap oportunis politik.
Mereka perlu memikirkan cara mana mengambil kesempatan dalam apa juga kenyataan dan pe-ristiwa untuk memastikan kewujudan mereka terus relevan di mata rakyat. Bagi majoriti rakyat, mereka mulai faham bahawa kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat yang sentiasa didahulukan.
Pembatalan konsert Erykah ini adalah satu contoh kecil kerajaan tidak segala-galanya mengambil kepentingan politik sebagai keutamaan dalam membuat keputusan.