Edisi Panas! Adibah Noor Marah Konsert Erykah Badu dibatalkan - Ikuti Penjelasan Adibah Noor!

Oleh Kaki Wayang on

Ternyata, pembatalan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung hari ini benar-benar meninggalkan impak dan memberikan pelbagai spekulasi serta menerima banyak pandangan daripada orang ramai.

Selepas sebuah akhbar mengeluarkan gambar Erykah yang bertattookan kalimah Allah, isu mengenai perlangsungan konsert wanita itu semakin rancak diperdebatkan di mana dia dilihat telah melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut mengeluarkan pendapatnya dan menggesa kerajaan supaya membatalkan konsert penyanyi wanita itu.

Tidak terkecuali juga ramai di kalangan artis negara kita yang boleh dikatakan agak kecewa dengan isu pembatalan konsert Erykah.

Ramai artis yang kecewa mengenai isu tersebut banyak meluahkan pendapat dan pandangan mereka melalui laman sosial Twitter masing-masing.

Sebagai contoh, Daphne Iking kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mudah mengambil tindakan tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu memandangkan dia pernah menemu ramah bintang AS itu secara peribadi sebelum konsert itu dijadualkan berlangsung.

Daphne berkata, dia tidak melihat sebarang tattoo kekal berada di badan Erykah sewaktu dia menemu ramah wanita itu.

Malah, Erykah hanya menggunakan tatto itu sewaktu dia menjalani penggambaran filem suatu ketika dahulu.

“I can safely say this. When I interviewed her yesterday, she wore an off shoulder smock. I did not see a tatto. I DO recall someone asking.

“Asking Erykah abt her tatto. She said it was for a movie. FYI folks, I did bodypainting for a shoot b4 too,” tulis Daphne dalam Twitternya.


Dapat dilihat juga kemarahan yang dipamerkan oleh seorang lagi artis, Adibah Noor apabila dia melihat isu pembatalan konsert itu sebagai helah apabila ramai pihak tertipu dengan gambar Erykah yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut.

“Are u THAT gullible? Destruction of iman and akidah blamed on a mere tattoo, or western films for dat matter? Really? U so gullible meh?” kata Adibah Noor.


Rata-rata artis yang kecewa dengan hal itu meluahkan rasa kesal apabila perkara itu tidak dilihat dan disiasat dengan mendalam hingga menyalahkan pihak Erykah sedangkan penyanyi wanita itu tidak bersalah serta tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya sebelum konsert berlangsung.

Seperti kata Daphne lagi, dia berharap agar ramai pihak berhenti memberikan spekulasi dan mencipta cerita sendiri sekiranya tidak mengetahui kebenaran disebaliknya.

Bagi Erykah pula, dia dilihat mengambil tindakan profesional apabila turut memberikan maklum balas yang positif di Twitternya yang seakan-akan pasrah apabila perjalanan konsertnya yang pertama di Malaysia dibatalkan.


“I deserve it.” Erykah Badu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

Anonymous said...

owh mcm tu ek? die pakai tatu tu untuk dlm movie je la! tp kan tak kire lah tau tu tatuu or just pakai komputer je, bende tu tetp menyinggung sensiviti org islam ok!..die tu islam ke suke2 nak pakai tatoo name Allah kat badan die? ce pikir, nama Allah bukn untuk hiasan, dan kalau kt umah kita ada pun frame yg ade nama Allah, tu sebenarnya suh kita bace n ingat! .. ni siap lekat kat badan, dah la sah2 x tutup aurat..

ingat, kita sbg org islam kne la cube pertahankn agama kita sebaiknya! pliss laaa... aku sokong 500% kerajaan batalkn konsert ni.. akak2 artis kt atas tu, fikir btol2 ye...

Kaki Wayang said...

Yup betul apa yang dikatakan oleh Tuan Mohd Khairi itu..saya sangat setuju dengan anda..Nama Allah S.W.T bukan untuk hiasan..lebih-lebih lagi bila letak kat badan..kalau sekalipun dah kemaruk sangat nak letak tattoo..takkanlah tak de gambar atau tulisan lain nak letak..nak letak ape pun letaklah..janji jangan letak “sesuatu” yang menyinggung perasaan dan sensitivity umat Islam.

Akak-akak artis yang mengatakan kita ni “GULLIBLE”..dia sebenarnya “gullible” dengan dakyah masyarakat barat yang begitu terpesong jauh..tatoo itu palsu ke tak palsu kea tau untuk tujuan perfileman sekalipun..ianya (Kalimah Allah S.W.T) tetap bukan untuk sebarang perhiasan..suka saya katakan di sini, jadilah artis bijak yang senantiasa menyokong akan agama..jangan jadi “murahan” untuk menjual maruah agama..mungkin agak kasar di situ..tapi itulah hakikatnya..ramai antara artis-artis sekarang begitu mengambil mudah akan “sesuatu benda” yang berkaitan dengan agama.

Jadilah artis yang sentiasa berjihad walaupun hanya dengan mempertahankan nama Allah S.W.T dan katakan pada mereka-mereka yang “tidak beriman”(bukan Islam) nama Allah S.W.T tidak boleh dijadikan hiasan di badan..hatta di mana-mana sekalipun..Betul apa kata Tuan Mohd Khairi itu, meletakkan nama Allah S.W.T di dinding bukanlah tujuan perhiasan..tapi untuk kita beringat agar senantiasa ingat akan Allah S.W.T..

Takbir..Allahu Akbar!!!

Gadis Kampung said...

saya setuju dengan kaki wayang....bila artis barat disanjung tinggi isu agama di pandang remeh....sedar lah manusia sebelum terlambat...

Kaki Wayang said...

Betul tu Gadis Kampung..

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu”.

“Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid”ah dan bida’ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bida’ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bida’ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih”.

Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, “Tidak”
Para sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada mereka?” Nabi menjawab, “Tidak” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan mereka?” Jawab Nabi, “Seperti ulat dalam cuka”.

Para sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?” Jawab Nabi, seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar”.

Begitulah keadaan manusia akhir zaman..pada ayat terakhir di atas memperihalkan mengenai “menjaga agama”..dan kalau kita nak kaitkan dengan perkara ini(perkara di atas)..sudah tentulah sebagai seorang yang “ISLAM”..wajib menjaga nama Allah S.W.T dan agamanya..bukan menjadi penyumbang kepada dakyah barat agar dengan mudah mempermainkan agama Islam..berjihad di jalan Allah S.W.T pahalanya besar..mati ketika menjalankan perintah Allah S.W.T adalah syahid..balasannya syurga..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...