SEBUAH bongkah batu gergasi (dalam bulatan) seberat 340 tan berada di atas sebuah treler di Lembah Jurupa, California kelmarin.
Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi
memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah
Los Angeles di sini.
Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal
AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari
di Riverside dekat sini lewat kelmarin. Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk
seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang
sebuah padang bola sepak.
Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram. Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda. Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler
berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh
sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam
perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari.
"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah
batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.
Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya,
Levitated Mass.
Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter. Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara.
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook