Edisi Ngeri! Tragedi ngeri dua beranak!

Oleh Kaki Wayang on

 ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin. 

Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka menaiki pesawat tidak sempat menjamah makan malam apabila mereka ditemui rentung selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Padang Kala dekat sini kelmarin.
 
Kejadian pukul 8.40 malam itu mengakibatkan Che Arminudin Abdullah, 42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush yang mereka naiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger lalu terbakar.

Che Arminudin merupakan guru subjek kemahiran di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dekat sini. Pemandu dan penumpang Ford Ranger itu, Azaizurie Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecil, Melor dan Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, dari Kampung Gaung, Lati, Pasir Mas pula cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Mereka nyaris rentung namun sempat dikeluarkan oleh orang ramai yang datang membantu. Isteri mangsa, Marzuany Syuhaida Mohamad Sukri, 39, memberitahu, dua beranak itu keluar pada pukul 7.30 malam dan dikatakan akan makan malam selepas pulang menghantar saudaranya berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...