PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label kemalangan ngeri. Show all posts
Showing posts with label kemalangan ngeri. Show all posts
Home » Posts filed under kemalangan ngeri
Edisi Ngeri! Tragedi ngeri dua beranak!
Oleh Kaki Wayang on
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin.
Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka
menaiki pesawat tidak sempat menjamah makan malam apabila mereka ditemui
rentung selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota
Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Padang Kala dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.40 malam itu mengakibatkan Che Arminudin Abdullah,
42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, maut selepas kenderaan utiliti
sukan (SUV) jenis Toyota Rush yang mereka naiki hilang kawalan sebelum
memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda jenis
Ford Ranger lalu terbakar.
Edisi Simpati! Ayah Pilu Tergilis Anak Sendiri!
Oleh Kaki Wayang on
“Maafkan ayah nak... ayah tak sengaja,” hanya itu yang mampu
diluahkan Jais Selamad, 45, selepas terlanggar anak bongsunya
menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia satu tahun itu meninggal dunia
akibat kecederaan parah di kepala.
Kejadian berlaku ketika Jais mengundurkan pacuan empat roda
miliknya di rumahnya di Kampung Dusun, dekat sini, jam 6.05 petang
kelmarin, tanpa menyedari mangsa, Nurfazliyana berada di belakang
kenderaan itu. Mengimbas detik menyedihkan itu, Jais berkata,
sebelum kejadian dia bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, serta empat
anak mereka termasuk Allahyarham Nurfazliyana menikmati juadah bubur
sebagai hidangan minum petang.
“Selepas selesai, saya memaklumkan isteri mahu ke kebun. Selepas menghidupkan enjin pacuan empat roda di depan rumah, saya mengundurkan kenderaan itu.
“Tiba-tiba saya terasa seperti melanggar sesuatu dan belum pun
sempat berbuat apa-apa, isteri menjerit memberitahu saya terlanggar
anak di belakang kenderaan,” katanya.
Jais berkata, dia segera keluar dan memeriksa bawah kenderaannya dan ketika itu sukar digambarkan kesedihan apabila melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri.“Hanya Allah yang tahu perasaan saya, sedihnya sukar untuk diceritakan. Saya segera memangkunya di riba saya dan ketika itu kepalanya berlumuran darah.
“Selepas saya periksa, sah dia meninggal dunia. Saya rasa sangat bersalah, tapi apa yang saya mampu katakan kerana saya tak sengaja dan tak akan maafkan diri atas apa yang berlaku,” katanya.
Edisi Simpati! Ajal diseret lori sampah!
Oleh Kaki Wayang on
”Mereka adik beradik beria-ria nak pergi mandi kolam. Saya pelik dan
tidak sampai hati menolak jadi saya dan kawan-kawan bersetuju
mengikutnya,” kata rakan baik mangsa, Ahmad Danial Ahmad, 20, yang masih
terkejut dengan kejadian menimpa mangsa.
Danial yang menunggang motosikal berkonvoi bersama dua mangsa dan tujuh lagi rakan lain sempat mengelak daripada dilanggar sebuah lori sampah yang hilang kawalan dipercayai akibat kerosakan brek.
Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam, sebuah lori sampah dari arah Batu Caves menghala ke Kepong dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori satu tan sebelum merempuh motosikal mangsa.
Mangsa, Rezzall Nur Shairie Nasaruddin, 21, membonceng motosikal diseret hampir 30 meter sebelum lori sampah berkenaan berhenti sebaik merempuh sebuah bas manakala adiknya Farouk Nur Shahrin, 18, terpelanting ke kanan jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Edisi Ngeri! Hukum Potong Jalin Cinta Terlarang!
Oleh Kaki Wayang on
Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang
lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus
ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan
rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan
sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan
suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya
dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri
lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita
itu.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.
Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.
Edisi Ngeri! Drama berdarah di Putrajaya!
Oleh Kaki Wayang on
Mariana Mohamad dipindahkan dari
Wad Kecemasan Hospital Putrajaya untuk dibawa ke Pusat Rawatan Pakar
Damansara bagi menjalani pembedahan selepas cedera parah akibat
rempuhan kereta dalam tragedi di Precint 4, Putrajaya, semalam.
Semangat tinggi sekumpulan pelumba skuad basikal
kebangsaan untuk mencatat masa terbaik dalam ujian pemilihan ke
Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 bulan depan bagaimanapun berakhir
dengan tragedi, semalam.
Empat daripada mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan
berhampiran simpang empat di Kementerian Belia dan Sukan ketika sedang
bertanding.
Akibat rempuhan yang kuat itu pelumba wanita elit kebangsaan, Mariana Mohamad cedera parah apabila dilanggar dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju oleh seorang wanita. Nahas yang berlaku pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan mangsa terpelanting dan patah tangan kiri, di samping mengalami luka di bahagian muka.
Rakan mangsa yang juga pelumba elit wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd. Radzi bersama dua lagi pelumba pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid cedera ringan di tangan serta jari.
Kesemua mangsa diberi rawatan di Hospital Putrajaya di sini, bagaimanapun Mariana yang mengalami patah tangan dihantar ke Pusat Pakar Damansara untuk rawatan lanjut.
Menurut Masziyaton, ketika kejadian dia bersama Mariana berada di bahagian hadapan mendahului 50 pelumba lain sebelum sebuah kereta Kancil tiba-tiba melanggar mereka.
"Dari jauh saya sudah lihat kereta Kancil itu teragak-agak hendak lintas atau tidak pada hal waktu itu beberapa orang marsyal sudah menutup jalan untuk memberi laluan kepada kami.
"Tetapi tanpa disangka-sangka pemandu kereta itu bertindak memecut, nasib baik jarak saya dengan Mardiana agak jauh dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan," katanya diketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab menolak tanggapan bahawa kemalangan itu berlaku akibat kurangnya aspek keselamatan.
Katanya, PKBM bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mengawasipelumba sepanjang pemilihan itu diadakan.
"Selepas ini kami akan memikirkan kaedah lain untuk memastikan keselamatan mereka terutamanya ketika ujian pemilihan atau pun sesi latihan di mana kemungkinan alat penghadang akan digunakan untuk menutup laluan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.

Edisi Sentap! Lelaki 60 tahun potong zakar untuk meningkatkan ilmu Kung Fu
Oleh Kaki Wayang on
City Evening News melaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Jilin, China bertindak memotong zakarnya semata-mata untuk menguasai ilmu kung fu. Lelaki itu mendakwa sifunya memberitahunya dalam mimpi agar memotong zakarnya jika mahu meningkatkan penguasaan ilmu kung funya - Qi Gong. Lelaki itu juga mendakwa sifunya turut mengarahkannya agar memusnahkan barang dan harta bendanya.
Keesokan harinya, lelaki dengan nama keluarganya Zhang terlompat-lompat sekeliling rumah kerana tidak dapat menahan kesakitan selepas memotong kemaluannya. Dia kemudiannya rebah dan tidak sedarkan diri.
Orang kampung yang menjumpai lelaki itu dalam keadaan bogel kemudiannya menelefon polis. Selepas membuat pemeriksaan, pihak polis menemukan zakar lelaki itu di rumahnya, namun pihak hospital gagal menyambungnya semula kerana kecederaan yang teruk pada zakar tersebut.
Selepas sedarkan diri, lelaki itu menceritakan perihal mimpinya itu kepada pihak polis.