Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam..semoga
mencapai kemenangan (maksudnya semoga
kita semua mampu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga..malah semua anggota
tubuh badan kita turut berpuasa sehinggalah waktu berbuka puasa) dan itulah
yang dimaksudkan dengan kemenangan bagi orang-orang yang berpuasa..wah, agak feeling-feeling USTAZ yer hari ni..siap
bersongkok bagai lagi..
Amacam dengan puasa anda? Berkualiti? Tak berkualiti? Sekadar menahan diri lapar dan dahaga? Atau menahan diri dari segala bentuk perkara maksiat yang boleh mengurangkan pahala puasa kita..adakah kita tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Tepuk dada tanya lah selera (bukan tangan ke dada, mata ke atas yer..) sekeh palo kang..
Disamping kita sibuk dengan tugasan harian..yang
pelajar dengan assignment dan kuliahnya..kakitangan kerajaan dengan pelbagai
tugas dipejabat..guru-guru yang senantiasa menyinari hidup parapelajar dan
murid-murid..ops terlupa pula, kakitangan kerajaan pula jangan pula dok leka
sangat dengan bonus yang bakal dicapai tak lama lagi..
Hari ni Kaki Wayang nak kongsikan sedikit cerita
benar yang benar-benar berlsaya yang boleh dijadikan sandaran dan iktibar buat
semua orang yang bergelar PEMANDU, SUAMI, AYAH atau pendek kata lelaki..saja
gunakan LELAKI sebagai prospek utama sebab kebanyakan pemandu adalah dari
golongan LELAKI.
Semalam, selesai sahaja berurusan dengan pihak pentadbiran berkaitan dengan HRMIS (mohon cuti raya dahhhh…korang dah mohon) saya dan Yazidy Evangelien aka Ustaz Yazid ke Bandar Muadzam Shah untuk menjalankan tugasan rasmi luar pejabat..RASMILAH SANGAT..dipendekkan cerita, Allah SWT takdirkan kami untuk kembali pulang ke Politeknik Muadzam Shah sedikit lewat mungkin dalam 20 saat sebelum sampai ke PMS..korang tahu tak apa yang berlsaya? Kemalangan yang agak ngeri berlaku di hadapan pintu masuk PMS antara MyVi dan Hilux tak silap sayalah ..sesampai je kami di hadapan pintu masuk PMS..kereta MyVi tersadai melanggar tembok penghalang jalan, tayar meletup dan tercabut..bahagian enjin remuk..dan yang paling sedih apabila melihat seorang bayi juga berada disitu (terlibat dalam kemalangan)
Difahamkan bayi berusia 3 bulan itu kelihatan
seperti tahu akan kemalangan yang bakal berlaku itu. Keluarga berkenaan yang
dalam perjalanan dari Chini ke Muadzam Shah dikejutkan dengan tangisan yang
agak kuat bayi mereka 2 atau 3 minit sebelum kemalangan..dan pada ketika itu,
bayi berkenaan diletakkan dibahagian hadapan sebelah pemandu..bertindak atas
tangisan bayi mereka..ibu bayi berkenaan kemudiannya mengambil bayinya untuk
diletakkan di bahagian belakang..dan apa yang terjadi, kereta mereka
kemudiannya bergesel dengan sebuah Hilux menyebabkan kereta MyVi berkenaan
hilang kawalan dan merempuh tembok jalan..cuba bayangkan kalau bayi tu kat
sebelah pemandu, apa yang bakal berlaku? Sudah tentu bayi berkenaan dihujani
cermin yang pecah dan mungkin menyebabkan hentakan yang kuat akibat dari AIRBAG
dibahagian sebelah pemandu..sedih dan hampir mengeluarkan air mata melihat bayi
yang kelihatan trauma dan terkejut dengan kemalangan tersebut..
Kuasa Allah SWT meletakkan mereka sekeluarga dalam
keadaan yang selamat..kesemua penumpang dan pemandu selamat tanpa sebarag
kecederaan..cumanya pemandu sedikit mengalami luka-luka kecil dibahagian tangan
dan muka..
Kedua-dua pemandu (MyVi dan Hilux) dalam keadaan
yang selamat..Alhamdulillah..untuk itu, peringatan kepada semua warga PMS untuk
berhati-hati apabila melintas jalan atau memandu kereta di bahagian hadapan
pintu masuk PMS..kerana jalan dibahagian itu kelihatan agak bahaya.
Kepulangan anda untuk dirai, bukan ditangisi!
Psst: Syukur alhamdulillah kami selamat..jalan kat depan Politeknik Muadzam Shah memang agak "keras" (memanglah keras sebab berbatu..ngeee) bukan itu yang dimaksudkan yer..jalan kat situ tu memang ramai dah yang jadi mangsa..berhati-hati yer semua..
Psst: Syukur alhamdulillah kami selamat..jalan kat depan Politeknik Muadzam Shah memang agak "keras" (memanglah keras sebab berbatu..ngeee) bukan itu yang dimaksudkan yer..jalan kat situ tu memang ramai dah yang jadi mangsa..berhati-hati yer semua..