Alamakkk mata Yuyu Zulaikha sekali lagi macam ucing Puss In Boots dan Garfield!
Rasanya tidak salah untuk aku menggedik buat seketika apabila tuan punya badan Yuyu Zulaikha datang mengomen di blog Kaki Wayang setelah entri khas buat dirinya dinukilkan pagi tadi..Kadang-kadang betul juga apa orang kata..kadang-kadang blogger-blogger hevat dan otai agak sombong dalam memberi atau membalas komen yang diberikan oleh blogger-blogger baru macam aku..dan kadang-kadang mereka juga tidak mahu datang ke blog kita walhal kita lah (blogger baru) yang membantu mereka naik sebagai blogger hebat..
Tapi sangkaan itu rasanya meleset sdikit apabila Yuyu Zulaikha Si Kupu-kupu Kecik datang melontarkan (hamvoih kemain lagi) komen di blog ini..Alhamdulillah dia tak sombong..sekurang-kurangnya dia menghargai usaha aku..walaupun aku ni tak ohsem macam dia..tapi sempat lagi dia "masuk bakul angkat sendiri" kat blog ni...Tetiba dia nak lelah..."eno eno eno eno (bunyi ambulans Hospital Mozambique)...ambulans oh ambulans meh sat angkat Yuyu Zulaikha...dia lelah katenyer"
Terima kasih sekali lagi yer Si Mata Bulat..
Psst: Jangan jeles ok bila Yuyu Zulaikha datang mengomen kat sini..