Edisi Sengal! Tatu Kalimah Allah Haramkan Konsert Erykah Badu, Kata Harussani!

Oleh Kaki Wayang on


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu pihak berkuasa Islam negara ini melarang penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Erykah Badu daripada mengadakan konsert di Kuala Lumpur Rabu kerana penyanyi itu menggunakan tatu kalimah Allah di dadanya. 

Harussani menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini adalah dilarang sama sekali dan undang-undang mengenainya amat jelas.  
" Selain umat Islam, kita tidak benarkan sesiapa menggunakan kalimah Allah dan itu sudah digazetkan pun,"tegas beliau kepada AntaraPos.com.  

Penyanyi hip hop dan jazz itu dijadual mengadakan konsert sulungnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Rabu ini setelah ditunda minggu lalu. Kuala Lumpur adalah persinggahan pertama Badu dalam siri jelajahnya ke Asia dan Australia.
Konsert di KLCC itu dikendalikan oleh Pineapple Concerts Sdn Bhd, pegawai-pegawai syarikat itu tidak dapat dihubungi untuk mengulas.  
Harussani berkata jika Badu memadamkan tatu kalimah itu sekali pun, beliau tidak harus dibenar mengadakan konsert berkenaan kerana tetap dianggap sebagai mencemari kesucian Islam.
" Kalau kita lihat dari segi sensiviti..., kita tak benarkan guna kalimah Allah kerana tidak meletakkan di tempat yang mulia," ujar beliau.   

Akhbar The Star hari ini membuat permohonan maaf kerana menyiarkan gambar Badu dengan tatu kalimah Allah di kedua belah dadanya.

Selain tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

LAGI BERITA DI SINI:

Edisi Sentap! Erykah Badu: Artis hina ALLAH buat tatu dengan perkataan Allah di badan!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...