Edisi Sengal! Calon Presiden AS mahu Obama tarik balik permohonan maaf isu al-Quran!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang anggota Parti Republikan yang bertanding untuk menjadi calon Presiden AS, Rick Santorum menuduh rakyat Afghanistan kelmarin 'bertindak keterlaluan' ekoran isu kitab al-Quran dibakar di sebuah pangkalan tentera AS di negara itu.

Santorum turut mengkritik Presiden AS, Barack Obama kerana meminta maaf ekoran insiden itu.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk Obama meminta maaf.



"Saya menganggap permohonan maaf perlu dibuat oleh Presiden, Hamid Karzai dan rakyat Afghanistan kerana menyerang dan membunuh askar kita serta bertindak keterlaluan terhadap kesilapan yang tidak disengajakan," katanya.
 
Beliau merujuk perbuatan membakar al-Quran itu sebagai perbuatan yang tidak disengajakan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...