Edisi Sentap! Eh, Ada Yang Komen Blog Aku Tak Kemas..Betul ke, Kritik Sikit!

Oleh Kaki Wayang on



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Salam Jumaat kepada pembaca-pembaca sekalian..amacam? sihat? Kejap lagi Solat Jumaat tau..jangan pula korang buat-buat lupa..terutama pada yang lelaki tu..

Kewajipan mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".

Ayat ini jelas menunjukkan suatu kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat. Mereka wajib meninggalkan premis perniagaan atau pejabat dan pekerjaan mereka demi untuk menghadirkan diri ke masjid dan demi solat fardhu Jumaat. Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

"Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" -

So, Kalau dah rasa-rasa diri tu lelaki dan baligh..silakan ke masjid yer..jangan duk melepak kat rumah, kat pawagam mahupun kat shopping complex..

Ok..sekian untuk mukadimah hari ini, artikel ini sebenarnya nak sentuh sal sorang pengunjung blog ni dalamsalah satu SEGMEN Kritik Blog anjuran Ben Ashaari lepas..dan hasilnya..salah seorang yang datang “mengomen” dia cakap (kritik) yang blog aku ni tak kemas dan minta dikemaskan lagi..

Gulp…betul ke blog ni tak kemas? Memang tak kemas ke? Atau kemas pada pandangan aku tapi tak kemas pada pandangan korang..mintak komen sikit..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...