PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Insaf! Kasih Sayang Ibu PERCUMA Wahai Anakku!

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-ldiWVFWWSPo/TdEQGa2-2XI/AAAAAAAAA7Q/h4ytayP2WLI/s400/ibu-2.jpg

Orang kata aku lahir dari perut mak...(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak ... ...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya.......... Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Kasih Sayang Ibu PERCUMA Wahai Anakku!

OPEN HOUSE RAYA! Jemput ke rumah yer!

Oleh Kaki Wayang on


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..dikesempatan ini Blog Betol-betol Hangat! ingin menjemput kepada semua pembaca-pembaca, blogger-blogger yang lain untuk ke rumah terbuka Kaki Wayang aka penulis blog D'Informationz ke rumah terbuka aku bermula pukul 3pm sampai ke malam..yang duk area Muadzam Shah, Segamat, Kuantan, dan yang terdekat..moh kita mengimarahkan rumah aku yang tak seberapa itu..

Ni alamatnyer:-

1-G-12, Apartment Kakitangan Politeknik Muadzam Shah
Lebuhraya Tun Abdul Razak
26700 Muadzam Shah
Pahang Darul Makmur

Gambar kat bawah ni saje nak kongsikan umah aku yang baru siap aku DEKO-DEKO kan,,umah kecik jewww..jemputlah yerrr..yang mana berkesempatan..


Sila baca selanjutnyaOPEN HOUSE RAYA! Jemput ke rumah yer!

Betol-betol Insaf! Tazkirah Jumaat: Kematian Hati Muslim!

Oleh Kaki Wayang on

http://tomiramadona.webs.com/hati.jpg

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya ; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1. Zuhud dengan dunia
2. Zikrullah
3. dan bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Tazkirah Jumaat: Kematian Hati Muslim!

Edisi Khas Mutiara Kata! Bagaimana mahu bahagia?

Oleh Kaki Wayang on

http://cdn.beritaunik.net/wp-content/uploads/2011/06/bahagia1.jpg
Sekadar gambar hiasan

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Mutiara Kata! Bagaimana mahu bahagia?

Betol-betol Hangat! Politeknik Nilai kini dibuka!

Oleh Kaki Wayang on

 
Peluang bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional di negeri ini terbuka luas apabila sebuah lagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan dibuka di Kampung LBJ, Labu, dekat sini.

Pembukaan Politeknik Nilai itu membantu merealisasikan matlamat kerajaan untuk meningkatkan komposisi pekerja berkemahiran tinggi kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Abd Rahim Md Noor berkata, pembinaan IPTA itu dianggap sebagai alat atau mekanisme kerajaan untuk mencapai harapan yang diaspirasikan.
 
“Saya berharap politeknik ini akan melahirkan modal insan berkualiti, berdaya saing, kreatif dan inovatif supaya dapat merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Politeknik Nilai kini dibuka!

Betol-betol Sengal! Kondom dalam beg sekolah anak

Oleh Kaki Wayang on

http://2.bp.blogspot.com/_ppE07PEUvvs/TOiCv5w0JlI/AAAAAAAAAtw/QTrRNwUIpaw/s320/IMG_0111.jpg

Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan. Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah. “Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Kondom dalam beg sekolah anak

Betol-betol Gempak! Audition Kelab Kebudayaan PMS!

Oleh Kaki Wayang on


Hari demi hari pelbagai kisah baru dinukilkan dalam diari Sejarah Politeknik Muadzam Shah..dari satu peristiwa ke satu peristiwa yang membawa seribu kenangan dan iktibar..dari satu pencapaian ke satu pencapaian mampu digapai segelintir umat manusia PMS..dari satu AUDITION ke satu AUDITION dilaksanakan..semuanya atas satu tujuan dan sebab musabab untuk mencungkil bakat-bakat baru di Politeknik Muadzam Shah ini..

Beberapa bulan yang lalu Audition untuk mencari bakat-bakat baru Nasyid dilangsungkan bagi mengetengahkan mereka ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Zon Timur..Nampaknya niat murni itu sudah tertunai apabila kumpulan Nasyid Wirama Zirbad dan Kastara dihantar bagi melaksanakan tanggungjawab menyampaikan dakwah mereka melalui Nasyid..Alhamdulillah walaupun tak menang..mereka masih mampu untuk menghela nafas lega apabila berjaya mengutip pengalaman dari Politeknik-politeknik yang lebih lebat daripada mereka..Natijahnya, pelbagai tips dapat dikumpul bagi menghadapi pertandingan mendatang..

http://3.bp.blogspot.com/-rL3hncXj2Wk/TniyFBOvRJI/AAAAAAAABNo/8vBHIFH1kOE/s1600/yaz-e72-016.jpg

Melupakan sedikit memori luka bagi kedua-dua pertandingan..kini muncul pula Audition Kelab Kebudayaan PMS yang kini baru sahaja menamatkan siri pencarian bakat baru malam tadi (20 September 2011)..walaupun kami sebagai jurulatih mengharapkan agar ramai muka-muka baru yang hadir untuk diujibakat..namun kami hampa apabila muka-muka lama lebih ramai berbanding dengan muka-muka baru hadir untuk proses ini..

Secara keseluruhannya, Alhamdulillah semua yang hadir begitu tenang menghadapi dugaan dan cabaran yang diberikan oleh kami..semuanya mampu untuk mencabar diri sendiri untuk tampil lebih yakin dihadapan penonton..namun begitu tidak kurang juga yang masih lagi kelihatan gementar apabila berhadapan dengan penonton ataupun berada di atas pentas..

http://1.bp.blogspot.com/-fcw9DH0pAxk/TniyIaMRUvI/AAAAAAAABNs/zaiL1PPQGSA/s1600/yaz-e72-796.jpg

Tujuan asal program ini diadakan antara lain adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru agar PMS tidak ketandusan bakat untuk menghadapi pertandingan akan datang..Selain itu, peserta yang dipilih juga akan menghadiri beberapa siri pertemuan bagi memperbetulkan lagi teknik nyanyian dan seni vocal agar mereka akan tampil lebih yakin kelak..mereka juga antara lain akan dipilih untuk menyertai Team Nasyid, Team Lagu-lagu Asli, Team Lagu-lagu Rakyat dan beberapa lagi siri pertandingan lain..hal ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat mereka..di sampiang akan dipilih untuk membuat persembahan jika sekiranya Kelab Kebudayaan dijemput untuk membuat persembahan..

Akhir sekali..tahniah kepada semua yang hadir untuk diujibakat..teruskan usaha anda..dan kepada para pelajar SEM1..anda sudah seharusnya berbangga sekiranya anda dipilih..anda masih lagi berpeluang untuk mewakili Politeknik Muadzam Shah untuk beberapa tahun yang akan datang..kami sebagai jurulatih akan cuba untuk membantu sekadar yang boleh agar para pelajar mampu untuk bersaing dengan Politeknik-politeknik yang lebih major dari anda..Tahniah PMS!

P/s: Ammar Anuar perbaiki tempo anda, Azri Rafiuddin (suara mantap dan malatoppp gehtoooo), Van Azs (mantap), Ulat Beluncas (hilangkan gemuruh anda), dan yang lelain..semuanya mantap..TQ pada En. Yazid Yahya (Pengarah Seni dan Teknik Vokal gitew) atas gambar-gambar yang mantapz ini..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Audition Kelab Kebudayaan PMS!

Betol-betol Gempak! Kejutan dari Maxis!

Oleh Kaki Wayang on



Kalau tengok dari iklan ni..memang mantap..dengan kelajuan 30Mbps..not bad kot..Free Calls dan Unlimited downloads..tapi harganya? mmmm aku tak rasa yang ni murah..kalau pakej menarik dan mampu..aku amiklah kot..ni semua sebab nak beat UNIFI lah ni..tapi kan..kat MUADZAM SHAH ni dah ada ke perkhidmatan ni..rasanya hanya untuk Lembah Klang je kot..

Nak tahu dengan lebih lanjut sila ke SINI: HOME
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Kejutan dari Maxis!

Betol-betol Hangat! Bini-Biniku Gangster!

Oleh Kaki Wayang on


Bini-Biniku Gangster yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim, mengisahkan seorang suami yang telah mengahwini dua orang isteri daripada ketua kumpulan gangster yang bermusuhan. Sang suami tidak mengetahui mengenai latar belakang sebenar kedua-dua isterinya itu.

Jadi isterinya akan berperang hanya di belakang suaminya saja. Mereka tidak mahu berdamai sehingga tiba-tiba suaminya hilang. Siapakah dalang disebaliknya? Saksikan rungkaian kisahnya di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 September ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bini-Biniku Gangster!

Betol-betol Sengal! Sangkar nafsu tiga minggu

Oleh Kaki Wayang on



Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.

Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.

Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.

Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah ‘neraka’ itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

“Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Sangkar nafsu tiga minggu

Betol-betol Hangat! Keputusan "Audition" Kelab Kebudayaan PMS 2011!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya..tahniah kepada semua yang terlibat sama ada dairi pihak JURULATIH, AJK (yang tak tahu ntah bila dilantik) dan kepada semua peserta Audition yang sama-sama menjayakan program ini sehingga ke penghujungnya..apa yang KAMI sebagai juri aka jurulatih yang dilantik dapati..semua peserta yang terlibat boleh dikatakan mampu dan pandai menyanyi..agak keterlaluan jika sekiranya yang datang itu langsung tak tahu menyanyi..even yang sumbang-sumbang dan lari tempo itu sebenarnya pandai menyanyi cuma masih perlu dibantu agar mereka-mereka ini mampu untuk menyanyikan apa jua jenis lagu dengan teknik, tempo yang betul dan yakin..

Dengan ini keputusan telah berada ditangan saya..sila scroll ke bawah untuk keputusannya:





























































Moteyppppppppppppppp nak tau...BELOM LAGI LAH!!!KEJUUU sangat..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Keputusan "Audition" Kelab Kebudayaan PMS 2011!

Betol-betol Hangat! Kenyataan Balas Ahmad Idham mengenai Hantu Bonceng!

Oleh Kaki Wayang on

Maklum balas dari Pengarah Ahmad Idham..

http://4.bp.blogspot.com/-JqtqFVpTUi0/TneSKCqSIhI/AAAAAAAAHc0/w03pevzJPHI/s1600/ai.jpg 
 
Pengarah ni macam menghalalkan filem ni pulak kan..segala dialog pun dia halalkan..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kenyataan Balas Ahmad Idham mengenai Hantu Bonceng!

Betol-betol Hangat! Filem Hantu Bonceng Hina Rasulullah SAW?

Oleh Kaki Wayang on





Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Filem Hantu Bonceng Hina Rasulullah SAW?

Edisi Hangat! Anwar Perlu Jawab Isu Klip Video Terbaru!

Oleh Kaki Wayang on

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/september/17/cctv.jpg

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menjawab isu klip video terbaru membabitkannya yang mula tersebar sejak Sabtu lalu dan tidak terus memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengulangi kononnya semua yang berlaku adalah konspirasi untuk menjatuhkannya. 

Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari, meminta pihak berkuasa menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat klip video itu seterusnya mengheret Anwar ke muka pengadilan jika benar beliau adalah pelaku dalam klip berkenaan. 
 
“Seperti biasa pihak yang pro kepada Anwar pastinya akan terus mempertikaikan kebenaran klip video itu atas nama politik, bukannya mempertahankan kebenaran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas pendedahan terbaru klip video mengenai Anwar yang didedahkan blog Papa Gomo di www.papagomo.com, Sabtu lalu yang didakwa membuktikan kehadiran Anwar bersama ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay Abdullah di sebuah pangsapuri di Ampang yang menjadi lokasi rakaman video seks yang dikatakan membabitkan Anwar seperti yang tersebar Mac lalu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zuklkifli Noordin, dalam entri terbaru blognya di http://zul4kulim.blogspot.com turut mengulas klip terbaru yang kini tersebar membabitkan bukti Anwar dan Syazryl Eskay berada di lokasi kejadian video seks yang tersebar sebelum ini.

Katanya, klip video terbaru itu sekurang-kurangnya membuktikan satu perkara iaitu Anwar memang pembohong kerana beliau mempertikaikan Eskay sebagai kawan baiknya.

“Sebagaimana Anwar pernah pertikaikan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai kawan baik beliau walaupun sudah bersama lebih 35 tahun. Jelas daripada klip video itu betapa rapatnya Anwar dengan Eskay,” katanya.

Di ALOR SETAR, Anwar yang diajukan soalan itu enggan melayan isu berkenaan dan menyalahkan UMNO sebagai dalang disebaliknya.

“Saya tak mahu layan... ini semua kerja UMNO, saya tak perlu layan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri PKR Kedah di sini, semalam.

Beberapa blog semalam sudah mula memuat naik dan menyiarkan klip video yang didakwa menunjukkan Anwar bersama Shazryl Eskay memasuki sebuah lif pangsapuri tempat di mana Ketua Pembangkang itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan China.

Sedutan klip video kira-kira tiga minit 48 saat didedahkan blog Papa Gomo, turut memaparkan semula rakaman video seks kontroversi itu dengan beberapa babak antara jam 10.26 malam hingga 10.45 malam, kini sudah tersebar dan menjadi perbincangan di kebanyakan blog politik tanah air.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Anwar Perlu Jawab Isu Klip Video Terbaru!

Betol-betol Hangat! Simpan 30 sen sebulan tunai haji

Oleh Kaki Wayang on

pix_gal0


Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini. 

Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.

Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.

“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam. Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.

Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.

Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.

“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.

Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.

Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Simpan 30 sen sebulan tunai haji

Betol-betol Panas! Mat Sabu ditangkap KHALWAT?

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-961BPQip9EQ/TfEzqYy6_PI/AAAAAAAAJaY/YjYihngqmLc/s1600/mat%2Bsabu.jpg

Petikan dari Utusan Malaysia:

Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti. Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Panas! Mat Sabu ditangkap KHALWAT?

Betol-betol Gempak! Cukai 6 peratus ditangguh - Rais

Oleh Kaki Wayang on

 

Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit.

"Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan.

"Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan data dan fakta yang lengkap," katanya. 

Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan selama ini.

"Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta pengguna talian prabayar di negara ini," katanya.

Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Cukai 6 peratus ditangguh - Rais

Betol-betol Sengal! Pemandu Ini Didapati Memandu Sambil Meramas Payudara Wanita Disebelahnya

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-Skhzs0ak8WU/TmoTokUoEhI/AAAAAAAAGwo/QQ4amyjGfZ8/s1600/5ilJLBPQ6T.jpg
 
SICHUAN - Seorang pemandu mengancam polis lalu lintas kerana telah menyebarkan fotonya yang sedang meramas payudara pasangannya pada saat dia sedang memandu. Deng Jialin, dikenakan denda kerana didapati memandu laju yang ditentukan. Namun masalah besarnya bukan itu yang membuatnya khuatir.

Dia mengatakan, fotonya yang kini sudah tersebar di media tempatan merupakan hasil manipulasi digital. Dia pun menuntut polis lalu lintas, yang diyakininya telah menyebarkan fotonya tersebut.

Foto yang kini beredar menunjukkan Deng tengah memandu kereta Nissan 4WD di jalan raya antara Santai dan Shehong di Provinsi Sichuan, China. Seperti dilansir Orange, Jumaat (9/9/2011), wanita yang berada dalam foto tersebut diketahui adalah seorang mahasiswi dari universiti di wilayah tersebut.

Namun Deng, yang merupakan seorang pengusaha, mengatakan bahawa foto tersebut adalah palsu dan mengancam akan menuntut polis.

"Saya sedang memandu sendiri pada saat itu dan tidak ada seorang pun di sebelah saya," ujarnya.
Pejabat lalu lintas pun mengatakan akan menyelidiki insiden ini dan akan memantau kebijakan untuk melindungi privasi seseorang.

Sumber: international.okezone.com
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Pemandu Ini Didapati Memandu Sambil Meramas Payudara Wanita Disebelahnya

Betol-betol Hangat! Fakta Seks Rakyat Malaysia: Rakyat Malaysia Gila Seks!

Oleh Kaki Wayang on

Fakta Pertama
1. Itu baru satu kes yang kita baca, cuba tengok pula statistik kes rogol (bagi semua kategori : bawah umur, remaja, berumur, dll) di seluruh negara dari tahun 2000 – 2008.
maklumat dari Persatuan Republik Melayu

Bil Tahun Kes Rogol
1 2000 1217
2 2001 1386
3 2002 1431
4 2003 1324
5 2004 1698
6 2005 2431
7 2006 3098
8 2007 3414
9 2008 4959

Fakta menarik : Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow, di Dewan Rakyat menyebut pada tahun 2007 sahaja 5.7 kes sehari di Malaysia ataupun hampir 1 kes rogol setiap 4 jam. Dan pada tahun 2008 dah meningkat kepada 13.7 orang sehari.
Pada bulan Mac yang lain, Sidang Dewan Rakyat telah menyatakan “Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005″ untuk berita penuh : Utusan Malaysia

Fakta Kedua
2. Satu survey yang dilakukan pada tahun 2010 oleh Durex (brand kondom) telah menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai budaya seks bebas ke-TUJUH paling tinggi di dunia.Buktinya : sengoti

Dari report Durex :
7. Malaysia
According to the Durex survey, sex culture generally conservative country, but a lot of controversy behind it is happening, one example: whether sex education should be held in college or not? Behind the controversy, by Durex, there are facts that indicate if the Malaysian people have a high level of horniness. For example: Minister-level officials (Health Minister) was forced to resign because of his sex scandal in January 2008.

Fakta Ketiga
Satu data laporan yang diambil dari Nationmaster.com (2009) mengenai kes rogol di seluruh dunia telah menunjukkan Malaysia kini berada di tangga ke 38 bagi bilangan kes rogol yang direkodkan. Menurut blog Selangor2u “Mungkin sebagai sebuah negara Islam yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan.”

# 34 Switzerland: 0.0539458 per 1,000 people
# 35 Belarus: 0.0514563 per 1,000 people
# 36 Uruguay: 0.0512295 per 1,000 people
# 37 Lithuania: 0.0508757 per 1,000 people
# 38 Malaysia: 0.0505156 per 1,000 people
# 39 Romania: 0.0497089 per 1,000 people
# 40 Czech Republic: 0.0488234 per 1,000 people

Fakta keempat
Satu carian di Google Trend yang dilakukan oleh blogger untuk mencari tempat/kawasan di Malaysia yang paling ramai mencari mengenai “seks” pada Mei tahun 2010 – Mei tahun 2011.


Nampak orang di Klang yang paling banyak melayani enjin carian Google untuk pencarian mengenai “seks” dalam tempoh 12 bulan.


P/s: Apa kat anda?

SUMBER: Illustrasiku.com
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Fakta Seks Rakyat Malaysia: Rakyat Malaysia Gila Seks!

Betol-betol Hangat! Jangan Judge Sebelum Tonton Filem Nasi Lemak 2.0

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-E_OONwWrUro/Tl2r8-qo8fI/AAAAAAAACIg/aX4SGbabtfY/s1600/Nasi+Lemak+2.0+movie+review+Namewee+Karen+Kong.jpg

Pemuzik independent, Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namawee yang pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina lagu Negaraku menegaskan filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0 bukanlah sebuah filem yang dihasilkan dengan tujuan menghina mana-mana pihak politik atau bangsa. 

Sebaliknya, filemnya itu mempunyai unsur positif tentang perpaduan bangsa, malah, ia juga turut menggambarkan mengenai kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang bahasa dan budaya di negara ini.

"Saya tak mahu masyarakat berprasangka buruk terhadap diri saya, sebelum mereka untuk menonton filem saya. Perkara yang lepas itu sudah lama berlalu, malah apa yang berlaku itu semua hanyalah sekadar salah faham.

"Terus-terang, media yang banyak mencetuskan perkara itu sehingga ianya menjadi begitu kontroversi. Saya sudah terangkan dalam blog saya sebelum ini yang saya tidak bersalah dan apa yang berlaku hanyalah sekadara satu salah faham. Namun, ramai yang tidak percayainya.

"Jadi, tolong jangan cepat judge diri saya sebelum melihat apa yang saya cuba sampaikan dalam file mini. Filem ini menonjolkan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya boleh terima kritikan jika orang ramai menonton dan menilai filem saya terlebih dahulu,"katanya.

Apa yang pasti filem yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa utamanya iti turut dibintangi oleh pelakon Melayu seperti Adibah Nor, Nur Fatia dan Afdlin Shauki selain pelakon-pelakon berbangsa lain.

Misalnya, Karen Kong, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap, Dennis Lau, pendatang baru Felixia Yeap serta Namawee sendiri. Pun begitu, tambah Namawee lagi dia tidak bimbang dengan persepsi orang terhadapnya seperti sebelum ini. Yang penting filemya itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

"Saya tak boleh nak ubah atau nak paksa orang suka saya. Jadi saya terima saja apa yang akan terjadi nanti. Apa yang penting filem Nasi Lemak 2.0 ini tiada langsung unsure negatif. Malah, ianya juga sudah pun melepasi tapisan LPF.

"Lagipun kalau ianya mempunyai unsur-unsur perkauman sudah tentu pelakon hebat seperti Adibah Nor dan Afdlin Shauki tidak akan berlakon dalam filem saya," jelasnya yang ditemui selepas press preview Nasi Lemak 2.0 di MBO, di Subang Parade, malam semalam.

Menariknya, filem Nasi Lemak 2.0 sudah pun ditayangkan secara perdana dan pertama kalinya di Hoyts di Melbourne Central, Australia pada 31 Ogos lalu. Manakala tayangan pertamanya di Malaysia bakal berlangsung pada 8 September 2011 (hari ini).

Seara ringkas, Nasi Lemak 2.0 mengisahkan mengenai Chef Huang (Namewee) yang berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan 'tempatan' yang diinginkan oleh para pelanggannya.

Bagi membolehkan dia meneruskan kehidupannya serta perniagaan restorannya, Chef Huang perlu mendapatkan bantuan dari pada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakansatu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Dalam pengembaraan itu, dia berjumpa dengan ramai orang yang terdiri daripada pelabagai kaum iaitu Baba Nyonya, Melayu dan India sehingga membuatkan dia berjaya menjadi chef yang terkenal.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Jangan Judge Sebelum Tonton Filem Nasi Lemak 2.0

Betol-betol Gempak! Rooney pastikan United berpesta gol lagi

Oleh Kaki Wayang on

 

Wayne Rooney meledak tiga gol dan Javier Hernandez menambah dua lagi gol bagi membantu Manchester United membelasah Bolton 5-0 semalam, untuk meneruskan permulaan sempurna dalam Liga Perdana Inggeris. United meneruskan kecemerlangan membelasah Arsenal 8-2 dengan satu lagi pesta gol apabila Hernandez menjaringkan gol pembukaan hanya empat minit perlawanan sebelum Rooney menambah dua lagi gol sebelum rehat.

"Kami hanya fokus pada diri sendiri. Kami sedar ialah adalah perlawanan yang sukar, kami fokus, memastikan kami meraih kemenangan. Kemenangan ini lebih mudah daripada apa yang kami jangkakan," kata Rooney.

Hernandez menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-58 sebelum Rooney menjaringkan gol kesepuluh dalam enam perlawanan terakhir bersama United dan England pada pertengahan babak kedua. Ia adalah hatrik kedua berturut-turut Rooney dalam liga selepas juga meledak tiga gol ketika menentang Arsenal. 

United di tangga teratas liga dengan 12 mata daripada empat perlawanan, mengatasi Manchester City menerusi kelebihan jaringan.

Tambah Rooney, United sewajarnya mendapatkan lebih banyak jaringan ketika beraksi di Stadium Reebok.
"Kami mendapat gol awal dan sewajarnya kami mendapatkan lebih banyak lagi jaringan. "Ini juga adalah kali pertama saya digandingkan dengan Javier musim ini, yang menyaksikan kami menjaringkan gol dengan baik. 

"Kami mempunyai masa yang lama untuk berehat serta melalui pra-musim dengan baik. Ketika ini saya bebas daripada kecederaan sekali gus dapat membantu pasukan memulakan kempen musim ini dengan hebat," jelas Rooney.

Sementara itu, pengurus Alex Ferguson percaya United berada pada landasan yang betul untuk mendahului Liga Perdana Inggeris selepas bermula cemerlang musim ini. Kemenangan semalam bermakna United telah meledak 18 gol dalam empat perlawanan dengan sebahagian besar menerusi Rooney.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Rooney pastikan United berpesta gol lagi

Betol-betol Keliru! Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?

Oleh Kaki Wayang on

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/nik_aziz1.jpg

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Abdul Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

"Saya nak tanya sejak bila pula Nik Abdul Aziz ini 'terima wahyu' sehingga dia boleh mengeluarkan 'fatwa' berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Jika benar beliau terima 'wahyu' berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan wahyu itu?
"Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri berkenaan daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.

Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

"Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja," katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Keliru! Sejak bila Nik Aziz terima wahyu boleh keluarkan fatwa?

Betol-betol Hangat! Gaddafi tidak minat sukan

Oleh Kaki Wayang on

http://1.bp.blogspot.com/-N5m1djq-bNk/TaKMgoMS63I/AAAAAAAACUA/eoVnzhvBysY/s1600/gaddafi_dw_politik__545028g.jpg

Pemimpin Libya yang kini dalam buruan, Muammar Gaddafi tidak meminati bintang sukan kerana takut populariti mereka akan menggugat kedudukannya sebagai pemerintah negara malah nama pemain bola sepak tidak dibenarkan disebut dan hanya merujuk kepada nombor jersi masing-masing.

“Dia (Gaddafi) tidak meminati sukan malah nama para pemain bola sepak dan sukan lain tidak dibenarkan disebut kecuali nombor jersi yang dipakai.

“Dia tidak tahu apa-apa mengenai sukan dan sanggup berbelanja berjuta-juta dolar bagi tujuan keganasan atau membayar seseorang untuk menulis lagu mengenai dirinya,” kata Ketua Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Libya, Nabil Elalem.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Gaddafi tidak minat sukan

Edisi Soal Jawab! Terlanjur lafaz kata cerai

Oleh Kaki Wayang on

SAYA mengandung anak ketiga yang kini sudah masuk lima bulan. Pada awal kandungan, suami saya tidak mahukan kandungan ini kerana masalah ekonomi disebabkan menanggung hutang ansuran kereta, rumah, pengasuh anak dan perbelanjaan bulanan.
 
Kami pernah bergaduh dan suami saya pernah terlepas cakap, “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” tetapi suami saya tidak bermaksud untuk bercerai kerana ketika itu fikirannya amat kusut dan terlepas cakap.

Baru-baru ini, suami saya cakap dia sedia menerima bayi dalam kandungan ini dan mahu selamatkan rumah tangga kami tetapi risau dengan kata-katanya sebelum ini ketika kami bergaduh.

Suami tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan keterlanjuran kata-katanya itu. Suami saya pernah telefon ke pejabat agama untuk minta pendapat mengenai permasalahan kami ini tetapi pegawai yang jawab panggilan itu berkata, “tunggu sahajalah bayi lahir kemudian daftar penceraian di mahkamah serta tunggu keputusan mahkamah.”

Sekarang suami saya tidak mahu naik mahkamah dan mahu selesaikan di luar mahkamah. Pada pendapat Dr, apakah situasi permasalahan saya ini dan jalan penyelesaian terbaik? 

JAWAPAN:

UNDANG-UNDANG keluarga di Malaysia memperuntukkan bahawa seseorang suami atau isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan permohonan untuk perceraian di Mahkamah Syariah. Apabila pihak Mahkamah berpuas hati, mahkamah menasihatkan suami supaya melafazkan talak di hadapan mahkamah. lazimnya lafaz talak berlaku di luar mahkamah dan tanpa kebenaran.

Dalam situasi ini, suami hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh hari. Mahkamah kemudian menyiasat sama ada ia dilafazkan mengikut hukum syarak atau tidak. Apabila ia sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak. Inilah prosedur yang dikatakan pegawai agama di atas.

Secara umumnya, mahkamah menyiasat sama ada lafaz di atas iaitu “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” termasuk dalam lafaz cerai taklik atau tidak.

Mahkamah menyiasat perkara itu berdasarkan keterangan suami dan puan sendiri. Seterusnya mahkamah mengesahkan lafaz taklik berkenaan dan memutuskan sama ada ia menggugurkan talak atau tidak.

Memandangkan lafaz sedemikian sudah terjadi, saya berpendapat suami puan perlu melaporkannya kepada mahkamah untuk dibuat siasatan. Ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan gangguan psikologi kepada keluarga terutama rasa bersalah dan sebagainya. Itulah sebenarnya yang dicadangkan pegawai agama berkenaan.

Dengan kata lain, mahkamah memberi kata putus mengenai kedudukan lafaz itu. Selain itu, negara kita mempunyai undang-undang keluarga yang perlu dipatuhi dan diselesaikan secara baik di mahkamah. Penyelesaian di luar mahkamah tidak bersifat rasmi dan membawa masalah pada masa hadapan. Umpamanya, bilangan cerai dan talak yang berlaku tidak direkodkan atau sebagainya.

Ia juga sebagai pengajaran supaya tidak mudah menggunakan kata cerai dan talak. Islam juga melihat perceraian sebagai suatu yang tidak baik kerana sudah meruntuhkan rumah tangga. Inilah yang diinginkan syaitan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab! Terlanjur lafaz kata cerai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...