Edisi Terkini! Inilah Senarai 20 Bangunan Tertinggi Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on

Al Burj Khalifa, Dubai

Senarai 20 Bangunan Tertinggi Di Dunia. Tahun demi tahun, pelbagai rekod dunia dicipta. Dari rekod dunia yang tak berapa nak logic pun ada hinggalah ke rekod bangunan tertinggi di dunia. Menurut Shanghailist, Burj Khalifah masih lagi memegang rekod sebagai bangunan paling tinggi di dunia denan ketinggian 828 meter. Perghhhh memang tinggi. Kalau jatuh dari ketinggian ini rasanya tak sampai tanah lagi dah mati dah. Hahahahaha. Difahamkan Burj Khalifah juga memegang rekod mempunyai kolam renang tertinggi di dunia. Hebat tak hebat kawe nok kabo. Tetiba tukar loghat.

 
Shanghai Tower, China


Shanghai Tower China memegang rekod bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter. Kemudian diikuti oleh Makkah Royal Clock Tower Hotel dengan ketinggian 601 meter. Menara Petronas Twin Tower pula berada di kedudukan ke-8 dengan catatan ketinggian yang direkodkan adalah 452 meter.

Berikut merupakan senarai bangunan tertinggi di dunia berdasarkan pemerhatian Shanghailist.

    1. Burj Khalifa, Dubai (828 meter)
    2. Shanghai Tower, China (632 meter)
    3. Makkah Royal Clock Tower Hotel (601 meter)
    4. One World Trade Center, Amerika (541 meter)
    5. Taipei 101, Taipei (508 meter)
    6. Shanghai World Financial Center, China (492 meter)
    7. International Commerce Centre, Hong Kong (484 meter)
    8. Petronas Tower 1, Malaysia (452 meter)
    9. Petronas Tower 2, Malaysia (452 meter)
    10. Zifeng Tower, Nanjing, China (452 meter)
    11. Willis Tower, Chicago, Amerika (442 meter)
    12. KK100, Shenzhen, China (442 meter)
    13. Guangzhou International Finance Center, Guangzhou, China (439 meter)
    14. 432 Park Avenue, New York City (426 meter)
    15. Trump International Hotel and Tower, Chicago, Amerika (423 meter)
    16. Jin Mao Tower, Shanghai, China (421 meter)
    17. Princess Tower, Dubai, (413 meter)
    18. Al Hamira Tower, Kuwait (413 meter)
    19. Two International Finance Centre, Hong Kong (412 meter)
    20. 23 Marina, Dubai (392 meter)

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...