Amboi tajuk artikel, kemain lagi Gambar Zahra Sadiq Persis Model Kena Halau Sebab Solekan Tebal. Persis model lah sangat. Tapi bila tengok gambar-gambar dia ni macam sempat pulak dia ni nak "posing". Tu yang kata persis model tu. Padahal tak pun.
Remaja Dihalau Dari Bas
Rasanya kes Zahra Sadiq ni agak viral juga sekarang ni. Dikatakan Zahra Sadiq ni telah dihalau dari bas atas sebab solekannya begitu tebal hingga menampakkan dirinya seperti wanita dewasa. Walhal Zahra Sadiq ini sebenarnya baru 15 tahun. Kejadian ini berlaku di Birmingham, London.
"Semasa konduktor memeriksa tiket, saya tak sangka akan timbul masalah. Dia bertanya umur saya dan terus menghalau saya selepas memberitahu umur," kata Zahra Sadiq
Tapi rasanya bukan sebab solekan tebal kot, tapi sebab Zahra Sadiq memegang tiket kanak-kanak dan tidak sah digunakan bagi mereka yang berumur 18 tahun. Kanak-kanak bukan sampai 12 tahun je ke? Hahahaha. Entahlah labu. Layankan jela. Meh layan gambar Zahra Sadiq ni.