Terkejut
melihat beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh rakan Facebook
pelakon kontroversi, M di akaun miliknya. Gambar-gambar tersebut
memaparkan M dalam keadaan separuh bogel dengan hanya mengenakan bikini
sahaja di salah sebuah pulau. MH yang menghubungi M punya penjelasan
tersendiri berhubung gambar berkenaan.
"Saya
tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi. Sebab sebelum ini saya
sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad,
tidak beragama dan banyak lagi. "Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih
fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya. Walaupun
saya bercerita yang baik, perkara buruk juga yang diperkatakan tentang
diri saya.
"saya
sudah malas nak memikir dan melayan semua itu sejak peristiwa di
perhimpunan Bersih hari itu. Saya sudah tak kuasa masuk campur dalam
dunia hiburan," jelasnya dalam nada tegas.
Ditanya reaksi tentang penyebaran gambar-gambar tersebut oleh rakan Facebook nya, jawab M;
"Untuk
apa saya marah kerana kawan-kawan saya juga berada ditempat yang sama
dan mereka tahu keadaan saya. Saya dah cukup kebal untuk semua itu."
Pssst: Kelassss kau Jah jawab saya dah cukup kebal..kao mampooo?
Pssst: Kelassss kau Jah jawab saya dah cukup kebal..kao mampooo?