“Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.
Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.
LAGI
Berita PALING HANGAT HARI INI
Lagi Berita PALING POPULAR
Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.
“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.