Edisi Hangat! Irma Hasmie Kini Sah Bergelar Isteri Reza Syah Azmeer - Lihat Gambar Eksklusif Majlis Pernikahan Mereka!

Oleh Kaki Wayang on


Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada pasangannya, Redza Syah Azmeer Dato' Hj Mohd Radzuan pada jam 3.55 petang tadi. Irma dinikahkan sendiri oleh bapa kandungnya, Hj Ibrahim Othman dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Redza Azhar, Pegawai Juru Nikah, Cerai dan Rujuk, JAWI, Putrajaya.

Di majlis pernikahan tersebut, pihak lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran , mas kahwin menggunakan mata wang Dinar berjumlah tiga Dinar beserta wang hantaran dan dibalas sebanyak 13 dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis yang bertemakan moden ini diadakan di Dewan Persidangan Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan dihadiri hampir 500 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara dan sahabat handai. Turut kelihatan beberapa orang rakan artis seperti Misha Omar, Diana Amir, Yatt Hamzah dan ramai lagi. Di majlis itu juga, Irma anggun dengan busana hasil rekaan Hatta Dolmat sementara pengantin lelaki mengenakan baju Melayu hasil sentuhan Ezuwan Ismail.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

MawardiYunus said...

sama padan . semoga berbahagia ke akhirnya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...