Edisi Terkini! Al-Fatihah Buat Allahyarham Osman Kering, Meninggal Dunia 3.45pm Sebentar Tadi!

Oleh Kaki Wayang on


Al-Fatihah buat Allahyarham Osman Kering yang meninggal dunia pada 3.45pm sebentar tadi..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amin..


Berita ini diterima dari Laman Facebook Pelawak terkenal Saiful Apek dan pada laman intagram beliau..berikut merupakan snapshot yang saya lakukan ke atas akaun Facebook dan Instagramnya.

Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini. Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi Mynewshub.my mengesahkan berita kematian bapanya itu.

Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi.

” Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...