Betol-betol Hangat! 86 pelajar cemerlang ditempatkan di IPTS

Oleh Kaki Wayang on

Sedih bila mendengar bahawa terdapat lebih dari 80 orang pelajar cemerlang ditempatkan di IPTS..Pada 1 Jun yang lalu Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menempatkan 86 pelajar cemerlang yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengajian di luar negara di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kos yang penempatan pelajar terbabit ialah RM21.6 juta berbanding RM52.1 juta jika mereka ditawarkan biasiswa ke luar negara.

"Sebab itu kita pilih cadangan pertama untuk hantar ke IPTS mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata, pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 Cina, 11 India dan seorang Bumiputera Sarawak, akan ditempatkan di bebebapa IPTS antaranya Universiti Perubatan Antarabangsa, Monash University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia Malaysia.
 
P/s: Kalaulah pelajar yang telibat (86 Orang) itu datangnya dari keluarga miskin (kurang berada)..mampu kah mereka mengejar dan merealisasikan cita-cita mereka? kenapa tak hantar je kat IPTA yang jauh lebih berpatutan?adakah disebabkan kursus pengajian yang diminta tidak ada kat IPTA?

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...