Betol-Betol Hangat! Pengakuan Cinta Rozita Che Wan Kepada Shahir

Oleh Kaki Wayang on

Hai salam semuanya..ngah ber blogwalking kat blog-blog sehebat BeautifulNara tetiba terpampang satu post yang sangat-sangat panas dan pemes skg ni..ape lagi kalau bukan kisah percintaan si Shahir ngan Rozita Che Wan tu..hari tu mereka berdua didapati berada kat LCCT..nak lari kemana tak tahulah BBH (Betol-betol Hangat)..mungkin bukan nak lari kot..ala biasalah pasangan ngah hot bercinta..dan yang membuatkan mereka ni semakin panas..pengakuan RCW (Rozita Che Wan) menyebabkan Shahir seperti tak senang duduk..masakan tidak.. RCW mengiakan yang mereka berdua ni kini dilamun chentaaa..tapi Shahir macam tak berapa nak setuju ngan ape yang dicakapkan oleh RCW tu..mungkin Shahir takut hilang populariti kot..manalah tahu..ade peminat yang tak suka dengan mereka ni..Meh ikuti sedikit pengakuan RCW berkenaan dengan cerita hot ni...

"Bukan niat nak berselindung. Malah ada rakan media yang sudah mengetahui mengenai hubungan kami, tetapi mereka menghormati permintaan saya untuk tidak dihebahkan. Cuma saya tahu dia (Shahir) perlu menjaga hati ramai orang, termasuk peminatnya. Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami. Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah"

Wah...nampaknya RCW ni dah macam tak sabar dah nak berlakikan si Shahir ni kan..hehehe..ape kate kita dengar dan baca pula pengakuan si Shahir ni..

"Sampai masa yang sesuai, saya akan berterus-terang dan cakap perkara sebenar. Saya bimbang kenyataan atau komen ini akan disalah erti pihak tertentu. Pihak tertentu ini juga bukan merujuk kepada peminat. Cukup saya katakan, saya ada sebab tertentu untuk berdiam diri lagi sehingga ke saat ini. Saya yakin Cik Ta (panggilan kepada Rozita) juga memahami apa yang saya lalui. Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan. Biar reda kehangatan ini, saya dengan sendirinya akan bersuara. Saya yakin setiap persoalan ini pasti ada jawapannya"
Haaaaa..amacam ngan pendapat korang sal pengakuan si Shahir ni?korang pikirrrrr la sendiri..


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...