Betol-Betol Hangat! Drama Sahara di Slot Samarinda TV3

Oleh Kaki Wayang on

Semakin lama kemelut dan konflik dalam cerita ini semakin menjadi-jadi dan semakin tak logik bagi aku..tapi aku tetap layan juga..tapi kan yang masalahnya pelakon pompuan dia tu Nanu Baharuddin macam pakai botox je..kulit tegang gehtooo...maaf lah aku cakap..tapi tegang semacam je muka tu..kalau buat ekspresi muka sedih..tak nampak sedih sebab muka tak leh nak berkedut untuk nanges...so nampak macam tak nanges...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigo4sIbFGR7zke6WRnZdDmcEiO_gTEZh63fAitCQ3BSxj2HEBb4KRbUyQCCl52J-c-8zPljK4AHBFi1Zz4VPP0jEgr1IlZfNKYz8br0r5ZP_x9fwe1UEzDf4g3WlcLN275mHPcVRzIfmaD/s1600/drama+sahara.png

Pe kata korang baca sikit sinopsis cite ni..dah nak habis dah cite ni..hehehe..

"Drama Sahara slot Samarinda berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat. Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina. Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut".

Waktu Tayangan: Selasa hingga khamis, 10.30 malam, mulai 30 mac 2011 di TV3

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

eMMe said...

wah..betul2 hangat la lu Kaki Wayang, layan ekk Drama la katakan......hiks~

Kaki Wayang said...

layan jew..hahahahaha..memg la hangat..jangan hangat2 tahi ayam dah laaa..emme layan tak cite ni?

shahjiehan said...

lama x tgk samarinda...tb pon jrg buka..huhuh

Kaki Wayang said...

Hahahaha..aku pon bukan minat sangat..aku lagi suka update blog dari tgok tv..KECUALI tgk wayang..tgk la time Slot Samarinda ni main pon aku sempat update blog ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...